Connect with us

Oh! Media

“Balik Rumah Saya Asyik Nangis” – Kahwin Kali Kedua, Fizi Ali Bagai Mati Hidup Semula

Fizi Ali Kahwin

Oh! Artis

“Balik Rumah Saya Asyik Nangis” – Kahwin Kali Kedua, Fizi Ali Bagai Mati Hidup Semula

Nama penyampai radio Fizi Ali tidak sunyi daripada kontroversi apabila pelbagai konflik muncul selepas bercerai dengan pelakon, Shakilla Khoriri.

Terbaru, anak tiri Fizi dituduh pula sebagai kaki buli apabila tersebar gambar menunjukkan mulut anaknya, Ameena ditekup dengan tangan.

BACA: “Kau Tumpang Jugak Rahim Dia..” – Mengaku Tak Kawan Dengan Bekas Isteri, Netizen Meluat Dengan Fizi Ali

IKLAN

Penyampai radio ini bagaimanapun hanya berdiam diri kerana tak mahu mengeruhkan keadaan. Katanya, dia bertindak untuk ‘zip’ mulut selepas berbincang dengan isteri supaya emosi keluarga tidak terganggu.

Fizi Ali

Fizi juga sedar, perkahwinannya dengan wanita bernama Siti Zulaikha kecoh menyebabkan dia ambil tempoh menenangkan keluarga.

Sebelum berkahwin lagi saya sudah berbincang apa-apa isu harus fikirkan keluarga dahulu.

Mengenai perkenalan dengan isteri pula, Fizi menyifatkan hidupnya seperti mati hidup semula. Biarpun ceria ketika bertugas di radio, Fizi rupanya akan menangis setiap kali balik ke rumah.

Jujurnya dahulu saya sangat ‘down’ (fasa sedih) sampai balik rumah saya asyik menangis sebab rindukan Ameena.

Sejak berkenalan dengan isteri setahun yang lalu, isterinya berjanji untuk mengembalikan senyuman di wajahnya dan dia menunaikan janjinya itu.

Kredit: Hib Glam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas