
Oh! Artis
Baim Wong Menyesal Dedah Aib Isteri, Akui Gagal Sebagai Suami
Sebelum ini pelakon terkenal, Baim Wong mendedahkan kecurangan isterinya, Paula Verhoeven telah mengundang kecaman netizen.
Menurut laporan mStar, Baim tampil bersuaara dan akan mengambil tanggungjawab penuh atas apa yang telah dilakukannya sebelum ini.
Baim juga berkata ketika itu dia nekad mendedahkan permasalahan rumah tangganya kerana ingin membuktikan dirinya berada di pihak yang benar, sekaligus memfailkan perceraian.
Salahkan sahaja diri saya yang mungkin gagal sebagai suami. Sekarang ini saya lebih ke arah untuk tenangkan diri. Terlalu banyak kejadian yang berlaku sehingga merasakan saya di pihak benar namun menjadi perbahasan.
Baim Wong fokus proses mahkamah

Pada 7 Oktober lepas, Baim telah memfailkan cerai terhadap Paula dan menjelaskan punca sebenar yang membawa kepada keputusan tersebut.
Menurut Baim, hampir setahun dia cuba mempertahankan rumah tangganya, namun kehadiran orang ketiga menjadi punca utama masalah mereka.
Pelakon ini turut menegaskan bahawa dia tidak akan membuat keputusan berpisah tanpa alasan yang kukuh.
Sekarang ini saya fokus kepada proses mahkamah sahaja. Saya tetap harus kuat. Tidak mungkin saya memfailkan cerai tanpa sebab yang serius.
Perkahwinan Baim dan Paula sejak 2018

Untuk rekod, Baim dan Paula telah mendirikan rumah tangga pada November 2018. Namun, walaupun cuba bertahan, masalah yang melibatkan pihak ketiga akhirnya membuatkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah.
#OhmediaNasihat
Setiap perhubungan ada cabarannya. Kadang-kadang, kita mungkin tergesa-gesa membuat keputusan atau mendedahkan hal yang sepatutnya kekal peribadi. Ingatlah, dalam menyelesaikan masalah, penting untuk menjaga maruah dan privasi semua pihak.
Fikir dahulu sebelum bertindak, kerana kesilapan boleh memberi impak besar, bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang sekeliling.
