Oh! Artis
‘Baby’ Kembali Imbau Kenangan Bersama Saiful Apek?
Siapa tak kenal Saiful Apek? Seorang pelawak dan pelakon terkenal tanah air yang pernah mencipta nama dalam industri seni suatu ketika dahulu.
BACA: Saiful Apek Bangga, Dipilih Jadi Ikon Komedi 2021
Mana tidaknya, telatah serta aksi spontannya di hadapan kamera sudah cukup untuk membuatkan penonton tidak kering gusi melihat jenakanya.
Bakat Saiful Apek yang dicungkil menerusi Sinaran Passpot Gemilang pada tahun 1994, pernah juga memenangi Anugerah Bintang Popular pada tahun 2003.

Namun, baru-baru ini, beliau telah berkongsikan sebuah kisah menarik melalui laman Instagramnya mengenai Direct Message (DM) yang diterimanya.
Saiful Apek kongsi tangkap layar
Apek melalui laman Instagramnya telah berkongsi sekeping tangkap layar seorang individu yang menyatakan pernah ‘disapa’ olehnya ketika masih dalam kandungan.
Menerusi perkongsian itu, individu tersebut menceritakan bagaimana pertemuan yang terjadi sekitar 20 tahun itu boleh berlaku.
Sebenarnya, saya sudah lama nak DM (mesej) Uncle, tapi asyik lupa dan saya rasa, Uncle takkan buka mesej saya. Tapi tak mengapa, saya nak juga mesej hari ini.
Kalau Uncle masih ingat 20 tahun lalu, Uncle pernah ada lakonan atau bercuti di Kota Kinabalu, Sabah dan Uncle singgah ke satu kedai cenderamata.
Baby nak tido..
Individu berkenaan turut menyatakan bahawa Apek pernah berjenaka dengan ibunya yang ketika itu sedang sarat mengandungkan individu tersebut.
Seorang pekerja di kedai itu sedang hamil dan itu adalah ibu saya. Uncle minta pekerja di situ jangan buat bising, ‘Shhh. Ada ‘baby’ tengah tidur’ sambil pegang perut ibu. Saya rasa Uncle dah dapat agak. Sayalah ‘baby’ itu.
Dia juga turut gembira terharu oleh kerana perkara istimewa itu berlaku kepada ‘dirinya’ selepas ibunya menceritakan detik itu kepadanya yang berlaku 20 tahun yang lepas.
Individu itu juga turut menyatakan filem lakonan apek kegemarannya selain turut mendoakan kesihatan pelawak tanah air itu.
Kata-kata hikmah Apek
Selain itu, menerusi hantaran itu, Saiful Apek tidak terlepas memberikan kepsyen mengenai nikmat kehidupan dan saling melengkapi sesama manusia.
Saya terfikir, sejauh mana dapat melangkah dalam kehidupan kalau beberapa tahun lalu, saya hanya fikirkan mengenai diri sendiri sahaja.
Manusia memang tidak sempurna, bila saling melengkapi kelemahan masing-masing, kita sebenarnya sedang menuju kesempurnaan.
View this post on InstagramPerkongsian yang dibuat Apek atau nama sebenarnya Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff, 51, telah mendapatkan lebih daripada 17,000 tanda suka serta berjaya menyentuh hati ramai pengikutnya.
Kredit: Instagram Saiful Apek I Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
![]()
Lagi dalam kategori Oh! Artis
-
Oh! Artis
Mamat Sepah Mengaku Jadi ‘Batu Api’, Mohon Maaf Kepada Jep Sepahtu
Mamat Sepah mengakui dirinya menjadi punca tercetusnya konflik membabitkan Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu.
-
Oh! Artis
Ini Reaksi Menteri Selepas Jep Sepahtu Bersuara
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji tindakan Jep Sepahtu berkongsi...
-
Oh! Artis
“Geli Dengan Terpaling Bayar Nafkah” – Rita Rudaini Dakwa Masih Ada Hutang Belum Selesai
Rita Rudaini sindir individu yang didakwa “terpaling bayar nafkah” dan mendakwa bekas suami masih ada hutang...
-
Oh! Artis
Dah Baca Luahan Panas Jep, Shuib Pilih Tak Mahu Panjangkan Isu
Shuib mengesahkan sudah membaca luahan panjang Jep Sepahtu mengenai dirinya, namun memilih untuk tidak memberikan sebarang...
-
Oh! Artis
Ain Edruce Terkejut Tiket F1 Bahrain Dibeli RM8,000, Rupanya Harga Sebenar Jauh Lebih Murah!
Ain Edruce mengakui menjadi mangsa penipuan selepas membeli dua tiket F1 Bahrain pada harga RM8,000, sedangkan...

