Connect with us

Oh! Media

Saiful Apek Bangga, Dipilih Jadi Ikon Komedi 2021

Apek Bangga

Oh! Artis

Saiful Apek Bangga, Dipilih Jadi Ikon Komedi 2021

Sebut sahaja nama Saiful Apek, sudah semestinya masyarakat akan lebih mengenalinya yang merupakan salah seorang pelawak di Malaysia yang mewarnai indusri hiburan di negara ini. Telatah bersahaja serta lawak yang tak kering gusi sudah cukup membuatkan beliau memenangi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada tahun 2003.

Sepanjang 27 tahun dalam industri hiburan di tanah air, Saiful Apek telah membintangi pelbagai filem serta telah memenangi beberapa trofi. Kini, usaha selama lebih dua dekad beliau berbalas sekali lagi apabila Apek telah diangkat sebagai pemenang Anugerah Ikon Komedi Malaysia 2021 pada malam kemuncak, Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2021 di ibu negara, awal bulan ini.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff, 51, telah berkongsikan momen terindah itu di Instagram milik beliau baru-baru ini selain turut menzahirkan rasa terkejut selepas dipilih menjadi pemenang untuk kategori itu.

IKLAN
Whatsapp image 2021 04 29 at 114259 am
Anugerah yang telah dimenangi Saiful Apek

Apabila dimaklumkan saya bakal menerima anugerah itu, beberapa bulan lalu, saya tertanya-tanya apa kaitan kerjaya saya ini dengan industri keusahawanan.

Saya tidak menafikan bahawa saya agak terkejut kerana istilah ‘ikon’ yang diberi cukup besar. Selepas membuat sedikit penyelidikan dan yakin dengan kredibiliti penganjur acara, saya datang ke majlis itu dan menerima penghargaan itu.

Pelakon Cicakman itu juga menyatakan bahawa beliau terharu kerana masih ada pihak yang nampak sumbangannya walaupun terdapat ramai pelapis yang tidak kurang hebatnya.

Saiful apek 1535442131
Saiful Apek turut menzahirkan rasa terkejut dan bangga dengan anugarah tersebut

Saya terima anugerah ini dengan hati terbuka. Sekurang-kurangnya, masih ada pihak yang sudi menilai bakat dan sumbangan ketika saya masih hidup dan aktif kerana selalunya, anugerah hanya diberi ketika seniman sudah tiada.

Walaupun kerjaya Apek kini dilihat semakin tenggelam oleh dek kerana kelahiran ramai pelapis, beliau menafikan serta turut menegaskan bahawa beliau masih aktif tetapi memilih untuk memperlahan pecutan kerjaya seni beliau.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas