Connect with us

Oh! Media

Ayda Jebat Menari Terkinja-Kinja Ketika Hamil 7 Bulan Jawab Kritikan Netizen

Untitled Design   1

Oh! Artis

Ayda Jebat Menari Terkinja-Kinja Ketika Hamil 7 Bulan Jawab Kritikan Netizen

Tular beberapa hari lalu mengenai pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang dilihat menari di saat dirinya sedang sarat hamil 7 bulan.

Gara-gara video tersebut, Ayda menerima kritikan yang kebanyakannya risau mengenai keselamatan dan kesihatan bayi di dalam kandungan penyanyi lagu Pencuri Hati itu.

Maklum dengan respon peminat yang prihatin ke atas dirinya, Ayda berkata bahawa dia masih dalam keadaan terkawal dan menyedari segala risiko selain tidak akan melakukan sebarang aksi yang boleh membahayakan kandungan.

IKLAN

Semuanya okey dan berada dalam keadaan terkawal dan tidak tergamak hendak buat sesuatu yang boleh membahayakan nyawa diri serta kandungan

Namun disebabkan lagu itu berentak rancak ditambah pula dengan respon penonton yang sporting, saya pun terus menari bersama sehingga terlupa suami sentiasa menegur dan mengingatkan saya agar sentiasa berhati-hati

Dalam pada itu, Ayda meluahkan rasa terharu kerana ramai yang menzahirkan rasa risau terhadap dirinya semenjak video berkenaan tular di media sosial.

Apabila membaca komen saya terus rasa bersalah dan memikirkan semual bahawa tidak sepatutnya beraksi selincah itu.

Alhamdulillah saya dan bayi semuanya baik-baik sahaja. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan kebaikan saya dan anak dalam kandungan

Kredit: Murai.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas