Connect with us

Oh! Media

“Awak Sebenarnya Dah Guris Hati Ibu Saya” – Nuha Bahrin

Oh! Artis

“Awak Sebenarnya Dah Guris Hati Ibu Saya” – Nuha Bahrin

Nama penyanyi, Nuha Bahrin semakin meningkat naik dalam industri selepas lagu duetnya bersama Naufal Azrin berjudul Casablanca dilihat menerima respon yang positif daripada para pendengar.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kenapa Ramai Buat Tak Tahu?”- Netizen Kesian Tengok Nuha & Naufal Macam Kena Palau Di KLFW2022

Namun begitu, disebalik kejayaan lagu duet tersebut, timbul pula satu isu yang tidak menarik baru-baru ini selepas video nyanyian lamanya ketika menyertai pertandingan nyanyian di sebuah stesen televisyen dijadikan bahan jenaka warganet.

Memetik laporan daripada Utusan, Nuha mengucapkan terima kasih kepada individu yang memuat naik video tersebut di media sosial sehinggakan dia kembali mendapat kecaman sesetengah netizen.

Menurut Nuha, dia langsung tak terasa hati dengan sebarang kecaman dilemparkan kepadanya, kerana itu antara dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi anak seni.

Namun begitu, Nuha memaklumkan bahawa emosinya sedikit terganggu kerana komen negatif yang dilemparkan itu memberikan kesan kepada ibunya.

Awak (individu muat naik video) sebenarnya sudah mengguriskan hati ibu saya. Apatah lagi, keluarga dan sepupu saya juga terkesan dengan perkara tersebut.

Kalau awak berniat hendak memburukkan saya, sebenarnya saya sangat risau kerana awak turut mengajak orang lain melakukan dosa dengan menjatuhkan orang lain,” katanya selepas sidang akhbar majlis pelancaran lagu Casablanca dalam versi Arab, semalam.

Untuk info, Nuha memberikan respon terhadap video nyanyiannya yang tular sewaktu menyertai program realiti, Vokal Mania, kira-kira dua tahun yang lalu.

Kredit: Utusan | Youtube TV3 Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas