Oh! Artis
“Awak Kuat Saya Tahu” – Bekas Suami Doa Nad Zainal Kuat Demi Anak
Semalam, industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita seorang pelakon cantik terkenal, Nad Zainal telah dikejarkan ke hospital disebabkan oleh paru-paru berdarah.
BACA: “Stabil Tapi Keadaan Tak Berapa Okay” – Paru-Paru Berdarah, Nad Zainal Ditidurkan
Berita tersebut telah mendapat banyak perhatian daripada rakan-rakan artis serta peminat dan tidak terkecuali bekas suaminya, Faliq Amirudin.
Kuat demi anak

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Faliq menerusi Instagram Stories, bekas suami Nad Zainal itu memberi kata-kata semangat agar Nad dapat terus kuat demi anak-anak mereka.
Awak kuat, saya tahu. Kuat demi Yem dan Som. – Faliq
Faliq juga memaklumkan dia sempat berjumpa Nad sebelum dimasukkan ke hospital. Namun, keadaan Nad pada waktu itu dikatakan agak lemah. Sama-sama kita doakan agar Nad diberikan kesembuhan.
Kredit: Xtra
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM