Connect with us

Oh! Media

“Awak Definisi Sebenar Kendur” – Sharnaaz Ahmad Bagi Setepek Netizen Perlekeh Kekasih Baru

Kekasih Sharnaaz

Oh! Artis

“Awak Definisi Sebenar Kendur” – Sharnaaz Ahmad Bagi Setepek Netizen Perlekeh Kekasih Baru

Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad baru-baru ini tampil ke tayangan premier filem Polis Evo 3 di TGV KLCC, Kuala Lumpur bersama seorang pelakon baru dikenali sebagai Amelia Christie.

BACA: Sharnaaz Ahmad Ditemani Kekasih Hati Ketika Hadir Tayangan ‘Polis Evo 3’

Mesra bertaut lengan, orang ramai syak wanita berkenaan adalah insan istimewa yang kini bertakhta di hati duda anak satu ini.

IKLAN

Namun, ada pula komen tak ‘syok’ yang seolah-olah memperlekehkan pilihan hati pelakon ini. Menerusi satu hantaran di Twitter, individu tersebut berkata, Sharnaaz adalah definisi sebenar downgrading. Dari wanita Christian Dior kepada wanita muda yang baru sahaja nak memulakan kariernya.

Tak berdiam diri, pelakon kelahiran Pulau Pinang ini membalas semula kritikan dengan berkata individu berkenaan adalah definisi sebenar seorang wanita kendur.

Sharnaaz
Kekasih Sharnaaz

Di ruangan komen, para peminat menyokong Sharnaaz dengan berkata setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing dan tak selayaknya dibandingkan.

Sharnaaz juga dinasihati supaya tak ambil kisah mengenai kritikan kerana dia mempunyai kelas tersendiri sebagai seorang pelakon.

Kredit: Twitter Sharnaaz Ahmad | Murai

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas