Connect with us

Oh! Media

Influencer Muslimah ‘Payung’ Gambar Di ‘Tab’ Mandi Undang Teguran Netizen

Untitled Design   2

Oh! Artis

Influencer Muslimah ‘Payung’ Gambar Di ‘Tab’ Mandi Undang Teguran Netizen

Sekali lagi nama pensohor media sosial yang juga bekas isteri kepada penyanyi Virgoun, Inara Rusli yang juga merupakan seroang influencer Muslimah telah mencuri perhatian netizen di Indonesia apabila dia dilihat memuat naik foto di tab mandi.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Inara telah mendapat pelbagai respon dan kritikan daripada netizen Indonesia yang mendakwa dirinya semakin berani menunjukkan aurat kepada umum.

Bukan tu jer, bahagian kaki Inara juga dikatakan terdedah dan membuatkan ramai orang tampil mengecamnya di ruangan komen.

IKLAN
F8ad7c66 14cb 4bb5 98d3 09f7bb644246

Posing ini sangat tidak sesuai dan sepertinya sedang memancing perhatian. Aurat pun terlihat sedikit demi sedikit.

Kata netizen, posing seperti itu tidak sesuai dibawa oleh seorang wanita yang bergelar muslimah apatah lagi Inara pernah berpurdah sebelum ini.

Malah ada yang merasakan Inara akan membuka hijab sepenuhnya tidak lama sahaja lagi.

Mengimbas kembali, nama Inara mula mendapat perhatian setelah bekas suaminya yang juga penyanyi lagu popular ‘Surat Cinta Untuk Starla’ itu berlaku curang.

Setelah bercerai, wanita itu yang pada mulanya berpurdah mengambil keputusan untuk tidak lagi memakainya kerana ingin mencari rezeki sebagai ‘influencer’ di media sosial bagi menyara kehidupan bersama tiga orang anaknya.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas