Connect with us

Oh! Media

Asyraf Khalid ‘Berguru’ Dengan Habib Ali, Nak Belajar Ilmu Agama

Asyrafkhalid

Oh! Artis

Asyraf Khalid ‘Berguru’ Dengan Habib Ali, Nak Belajar Ilmu Agama

Usahawan terkenal, Asyraf Khalid berkunjung ke Yayasan Ar-Ri’ayah, Ampang bagi bertemu dengan tokoh agama, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

BACA: “Saya Dah Minta Izin Ayah” – Asyraf Khalid Jawab Kecaman Kongsi Wajah Penuh Anak Kedua Siti Nurhaliza

Nak belajar ilmu agama

Menerusi Instagramnya, Asyraf yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan bahawa tujuan dirinya bertemu dengan Habib Ali adalah kerana ingin mendalami ilmu agama.

IKLAN

Asyraf yang selama ini berhasrat untuk berguru dengan Habib Ali, meluahkan rasa syukurnya kerana berpeluang untuk berguru dan menimba ilmu bersama tokoh agamawan terkenal berkenaan bagi membimbingnya ke arah agama yang lebih baik.

Kalau dulu, saya ada seorang guru, Abuya Habib Naufal dari Sukabumi, beliau yang banyak mengajar saya dalam bab Agama & Adab, tapi Allah lebih sayangkan Abuya, & Allah ambil Abuya dulu.

Jadi setelah beberapa tahun saya tiada guru khusus bab agama, saya tergerak hati untuk hubungi Habib Ali and saya punya permintaan pada Habib Ali adalah untuk saya menjadi anak murid beliau & untuk beliau menjadi guru untuk membimbing saya ke arah agama.

Suami kepada Tya Arifin itu turut berterima kasih kepada ayahnya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang telah membantunya untuk mengadakan pertemuan bersama Habib Ali.

Terima kasih juga pada Ayah kerana membuka jalan untuk saya bertemu Habib & Alhamdullillah, semuanya di permudahkan.

Saya fikir, kalau kita nak jadi orang yang baik, kita kena mendekati orang-orang yang soleh. Kadang-kadang iman kita ni ada naik turun, tapi untuk kita tetapkan iman kita, kita kena ada seorang guru untuk sentiasa mengingatkan kita.

Semoga Allah mudahkan segala urusan

Perkongsian Asyraf Khalid itu mendapat respon yang positif dari warganet. Rata-rata mereka menyokong tindakan Asyraf itu dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Screenshot 2022 06 24 at 113025
Screenshot 2022 06 24 at 113032
Screenshot 2022 06 24 at 113044
Screenshot 2022 06 24 at 113051

Alhamdulillah, kami juga doakan agar urusan Asyraf Khalid dipermudahkan.

Kredit: Instagram asyrafkhalid

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas