Connect with us

Oh! Media

Artis Palsukan Sijil Vaksinasi, Shahrulezad Ucap Rasa Kecewa

shahrulezad

Oh! Artis

Artis Palsukan Sijil Vaksinasi, Shahrulezad Ucap Rasa Kecewa

Shahrulezad Mohameddin, seorang pengarah dan penerbit terkenal mendedahkan ada artis yang memalsukan sijil vaksinasi demi kepentingan sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: “Apa Motif Membuka Aib Rakan Artis Kepada Orang Ramai”- Shahrulezad

Menerusi laporan Utusan, artis tersebut berjaya mengerjakan umrah dengan menggunakan sijil vaksinasi palsu itu.

Belanja ribuan ringgit demi sijil palsu

shahrulezad

Dakwa pengarah terkenal itu, dia berasa kecewa apabila artis tersebut bangga menceritakan tindakannya kepada kru produksi dan rakan artis.

Saya terima maklumat ini daripada rakan artis dan kru yang bercakap tentang artis tersebut. Saya terkejut apabila diberitahu dia secara terbuka mendedahkan telah membelanjakan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan sijil vaksin palsu.

Lebih mengejutkan lagi apabila artis berkenaan mendedahkan dia dibenarkan untuk melaksanakan umrah dengan sijil tersebut.

Saya tak faham kenapa dia bangga dengan tindakannya itu. Kalau dia senyapkan tak mengapa juga, sekurang-kurangnya kita tak tahu. Ini tidak, dia ceritakan dengan bangga.

Tindakan artis itu bawa kesan buruk

Shahrulezad berkata, tindakan salah yang dilakukan oleh artis itu akan memberi kesan buruk kepada negara. Jika negara luar tahu akan tindakan tidak bermoral artis ini, pasti Malaysia mendapat tempias akan sistem yang mudah diceroboh.

Tindakannya itu juga mungkin akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang mahu menunaikan haji dan umrah pada masa akan datang.

Bayangkan kalau dia dijangkiti wabak ketika mengerjakan umrah. Bukankah situasi menjadi lebih teruk sekiranya pihak berkuasa Arab Saudi mendapat tahu bahawa sijil vaksinasinya itu palsu.

Apa pandangan negara luar terhadap sistem vaksinasi kita sekiranya mereka mengetahui sistem vaksinasi kita mudah diceroboh. Bukankah itu akan mencalar imej Malaysia?

Lebih dikhuatirkan lagi jika rakyat Malaysia selepas ini berdepan kesukaran untuk mengerjakan ibadah haji ataupun umrah gara-gara tindakannya itu.

Shahrulezad menyatakan bahawa dia tidak kisah jika seseorang artis itu tidak mahu mengambil vaksin, tetapi janganlah buat provokasi. Padanya, buat apa menceritakan tindakan buruk itu kepada orang keliling?

Pengarah ini juga kata golongan yang tidak mendapat vaksin tidak akan dilayan sama seperti mereka yang lengkap divaksinasi. Namun, dia tidaklah diskriminasi. Jika seseorang artis itu ada alasan kukuh tidak boleh mengambil vaksin, pasti dia akan membantu artis tersebut.

Katanya, standard operasi prosedur (SOP) perlu dipatuhi dan janganlah marah jika dia memberi layanan berbeza dan mengasingkan artis yang sudah divaksinasi dengan yang tidak divaksinasi.

Semuanya terletak pada diri sendiri. Jika tidak mahu mengambil vaksin, janganlah melakukan tindakan yang tidak bermoral seperti memalsukan sijil vaksinasi demi kepentingan sendiri. Jika betul nak ada sijil vaksin tu, ambil jela vaksin? Bukannya susah..

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas