Connect with us

Oh! Media

Sindiket Jual MyKad Palsu Kepada Warga Asing, Harga Cecah RM5,000

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Negara

Sindiket Jual MyKad Palsu Kepada Warga Asing, Harga Cecah RM5,000

Aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) palsu semakin membimbangkan apabila sindiket tertentu didakwa menjualnya kepada warga asing yang mahu menetap dan bekerja di Malaysia.

Memetik laporan Berita Harian, harga MyKad palsu yang ditawarkan sindiket ini bermula dari RM4,000 hingga RM5,000, bergantung kepada permintaan.

Kebanyakan permintaan ini datangnya daripada warga asing yang ingin mendapatkan pekerjaan dan menetap di Malaysia.- Katanya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata maklumat ini diperoleh hasil risikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang kini sedang menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras sindiket ini.

IKLAN

JPN perketat penguatkuasaan, pantau pemalsuan identiti online…

Mykad

Selain pemantauan fizikal, JPN juga melaksanakan pemantauan secara berterusan bagi mengesan sebarang aktiviti pemalsuan kad pengenalan atau perkhidmatan pemalsuan identiti secara atas talian.

Tegas Shamsul Anuar, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam aktiviti pemalsuan MyKad, kerana ia boleh mengancam keselamatan negara.

Hukuman berat menanti jika didapati bersalah…

Image

Bagi mereka yang memiliki MyKad palsu atau menggunakan kad pengenalan milik orang lain, tindakan tegas boleh dikenakan mengikut Perkara 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Individu yang didapati bersalah berdepan dengan tindakan undang-undang berat, termasuk hukuman penjara dan denda yang tinggi.

#ApaKataOhmedia

Pemilikan MyKad palsu bukan sekadar satu kesalahan undang-undang, tetapi juga boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

Kalau korang nampak sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan pemalsuan identiti, segera laporkan kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas