Connect with us

Oh! Media

Ariz Lufias Minta Jangan Bandingkan Perniagaan Kek Tapak Kudanya Dengan Peniaga Lain

ohmedia  peniaga

Oh! Artis

Ariz Lufias Minta Jangan Bandingkan Perniagaan Kek Tapak Kudanya Dengan Peniaga Lain

Penyanyi dan usahawan, Ariz Lufias memaklumkan pada orang ramai agar tidak membandingkan perniagaan kek tapak kudanya dengan peniaga yang lain di media sosial. 

Menurutnya, dia berasa kesal apabila ada sesetengah netizen yang memberi komen tidak sepatutnya terhadap keknya itu.

Menerusi siaran langsung di TikToknya, dia menjelaskan bahawa perniagaannya itu dia tidak bermaksud untuk bersaing secara tidak baik dengan peniaga lain.

IKLAN

screenshot 1274

Baru beberapa hari meniaga kek tapak kuda dah mula ada kejadian yang kurang manis berlaku. Saya mohon jangan tag nama saya dekat peniaga kek tapak kuda yang lain. Hal tu boleh datangkan bad vibe pada saya.

Malah, Ariz juga berkata dia hanya menjual kek tapak kuda ini kerana ingin menumpang rezeki dan hype kek tersebut sekarang.

Bukan itu sahaja, penyanyi berkenaan juga hanya mahu mempromosikan keknya itu tanpa menjatuhkan orang lain.

As long as tak tag dengan baker lain okay saja. Risau ada yang tak suka.

Tambahan, Ariz juga menyatakan dia yakin warganet berniat baik tetapi risau jika perkara tersebut boleh mendatangkan mudarat kepadanya dan perniagaan kek tapak kudanya itu sekiranya berlanjutan.

BACA: Peniaga Dikecam Jual ‘Thai Omellete’ RM13, Ini Penjelasannya

Terdahulu, kecoh di TikTok seorang peniaga menjual menu ‘Thai Omellete’ dengan harga yang sebelum ini harga RM8 dan kini dinaikkan kepada RM13.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas