Connect with us

Oh! Media

“Apa Sebenarnya Permainan Dia?” – Noh Salleh Terkejut Mizz Nina Tarik Kes Penjagaan Anak?

Noh Salleh

Oh! Artis

“Apa Sebenarnya Permainan Dia?” – Noh Salleh Terkejut Mizz Nina Tarik Kes Penjagaan Anak?

Sebentar tadi kami ada melaporkan yang penyanyi, Noh Salleh hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam padi tadi bagi prosiding Sulh yang difailkan bekas isteri, Mizz Nina bagi hak penjagaan anak angkatnya, Musa.

ADVERTISEMENT

BACA: Suami Mizz Nina Wakil Proses Sulh Hak Penjagaan Musa, Ini Harapan Noh Salleh

Terbaru! Menurut laporan Oh! Bulan, Noh akui berasa terkejut apabila Nina tarik semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara Musa.

Bukan tu jer, Noh juga mendakwa dirinya sudah dianiaya dan menafikan dakwaan yang mengatakan dia culik Musa pada 19 Disember tahun lepas.

Saya terkejut, dia (Mizz Nina) minta saya datang mahkamah kemudian dia menarik kes. Ketika proses Sulh pun tiada apa yang terjadi. Jadi tunggu esok (6 Februari) di hadapan hakim.

Harapan saya semoga ada kebenaran kerana saya sudah dianiaya di hadapan khalayak ramai, saya hanya mahu kebenaran.

Saya tidak menculik Musa, ketika itu saya ada persembahan di Sabah. Kalau saya culik saya akan sorok. Tapi saya tunjuk Musa ada dengan saya. Saya juga mencari Mizz Nina untuk berbincang.

Perkara ini diluahkan Noh selepas saja selesai prosiding Sulh yang berlangsung sebentar tadi dan dia juga tidak tahu apa sebenarnya punca kes ini ditarik semula bekas isterinya.

Saya perlu menjawab tuduhan dia, tidak adil di sebelah pihak saya dan apa sebenarnya permainan dia? Saya mahukan kebaikan untuk Musa.

Tiada perjanjian hak penjagaan, kalau ada sila tunjukkan. Surat yang dikatakan hanya SD (akuan berkanun) sahaja, tidak boleh digunapakai dalam kes ini dan surat itu sudah ditarik balik.

Kalau boleh nak jaga sama-sama, ada sebab saya buat begitu. Saya tidak akan suka-suka masuk hal rumah tangga orang.

Itu bukan anak dia, Musa anak Wan Nuraisyah Athirah. Saya sudah dapat surat pengesahan daripada ibu kandung Musa.

Apa pandangan korang menegai hal ini? Apapun, semoga baik-baik saja buat Noh Salleh, Mizz Nina dan yang paling penting, Musa.

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas