Connect with us

Oh! Media

Andi Bernadee Lapor Polis, Dakwa Kawan Baik ‘Songlap’ Hampir RM70k

Oh! Artis

Andi Bernadee Lapor Polis, Dakwa Kawan Baik ‘Songlap’ Hampir RM70k

‘Kawan makan kawan’ itulah peribahasa yang boleh digambarkan situasi terkini yang dihadapi penyanyi, Andi Bernadee. Penyanyi lagu Donde ini mendakwa telah difitnah dan ditipu individu yang merupakan kawan baiknya sendiri. Individu tersebut didakwa telah melarikan wang hampir RM70,000.

ADVERTISEMENT

BACA: Didie Alias Naik Angin Rakan Kongsi Pecah Amanah, Didakwa Songlap Ratusan Ribu Duit Syarikat

Berikutan itu, Andi hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membersihkan nama. Menurutnya, jumlah pendapatan itu adalah hasil daripada nyanyian, berlakon dan jualan baju jenamanya sendiri.

andi

Dia sudah kacau periuk nasi saya, memalukan serta memfitnah macam-macam dekat produksi termasuk orang sekeliling saya, sudahnya dia songlap duit saya nak dekat RM70,000.

Duit kerja tahun ini saya tidak rasa lagi, dia memanipulasi WhatsApp saya dan hantar ke klien semua. Klien pun percaya dan duit dimasukkan ke akaun peribadi dia tanpa pengetahuan saya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, penyanyi ini mendapat tahu duit hilang apabila merasakan duit kerja tidak masuk sejak awal tahun. Dia mendakwa rakan memberi alasan resit hilang dan klien belum membuat bayaran.

Dia bukan rakan kongsi, tetapi rakan baik selama dua tahun dan pernah pergi menunaikan ibadah umrah dua kali sahaja, dia juga pernah bantu urus karier saya, itu pun dia yang datang kepada saya sendiri.

Jelasnya lagi, individu tersebut sudah beberapa kali diberi amaran namun dia langsung tidak mempedulikannya. Laporan polis dibuat untuk memberi peringatan kepada orang di luar sana supaya berhati-hati apabila bekerja dengan individu tersebut. Malah, Andi menyeru rakan artis yang sudah terkena tampil membuat laporan polis.

andi

Menurut penyanyi ini, sebelum laporan dibuat dia sudah bertemu dengan individu tersebut pada 15 Ogos untuk mendapatkan jawapan namun dia tetap berpura-pura tidak tahu seolah tiada apa yang berlaku.

Andi mula mengesyaki duit tidak masuk sejak Jun lalu. Dia bertanya tentang bayaran setiap hari sehinggalah 31 Julai lalu. Penyanyi ini kemudiannya nekad menghubungi sendiri klien dan dia diberitahu bayaran sudah dilunaskan sebelum hari raya.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas