Connect with us

Oh! Media

“Anak Yang Buat Mummy Terdetik Nak Ada Baby Dari Rahim Sendiri” – Luahan Watie Buat Ayash Affan

Ohmedia anak Watie

Oh! Artis

“Anak Yang Buat Mummy Terdetik Nak Ada Baby Dari Rahim Sendiri” – Luahan Watie Buat Ayash Affan

Watie luah rasa syukur dan kasih sayang terhadap Ayash Affan sempena hari jadi.

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie mengundang perhatian apabila meluahkan rasa sayang terhadap anak tirinya, Ayash Affan.

BACA: “Saat Kamu Di Syurga, Ada Ibu Yang Menjaga Anak Mummy” – Isteri Shuib Keguguran

Sempena hari jadi yang ke-4 semalam, Watie bersyukur kerana kehadiran Ayash telah membuka hatinya untuk memiliki cahaya mata sendiri suatu hari nanti.

IKLAN

Ucapan hari jadi Watie buat anak bongsunya

Malah, gelagat Ayash juga sering menghiburkan dan membuatkan dia rindu setiap kali berjauhan.

Malah, Watie berkata, Ayash membuatkan dia tak kisah tak dapat tidur di samping suami sendiri. Asalkan Ayash ada di sampingnya.

“Terima kasih buat Mummy rasa seperti ibu”

Watie

Menurut Watie, Ayash adalah anak yang membuatkan dia merasai nikmat sebagai seorang ibu walaupun belum melahirkan zuriat sendiri.

Terima kasih dah buat Mummy rasa seperti Ibu.. Semoga Ayash sentiasa dalam lindungan Allah..

Di akhir kapsyen, Watie turut menyatakan harapannya agar suatu hari nanti Ayash akan membaca semula ucapan tersebut dan tahu betapa besar kasih sayang yang dimilikinya terhadap si kecil itu.

Pssttt! Sebak baca luahan Watie. Walaupun bukan anak kandung, kasih sayang yang dicurahkan begitu tulus. Semoga hubungan ini terus erat dan menjadi sumber inspirasi buat semua wanita di luar sana yang ingin menjadi ibu.

Kredit: Instagram iamwatie
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas