Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Didakwa Merahsiakan Perkahwinan, Anak Tiri Ziela Jalil Tampil Beri Kenyataan

Tak sangka rupanya ada lagi artis yang kahwin senyap-senyap zaman sekarang ni. Yang paling terkejutnya bila ada netizen yang membawang pasal seorang artis ni, katanya dah nak dekat 2 tahun jadi isteri orang senyap-senyap, fuhhh!

Netizen mendakwa yang artis itu merupakan seorang pelakon dan penerbit drama yang popular di Malaysia lebih-lebih lagi pada tahun 80-an.

IKLAN

Menurut beberapa sumber yang dipercayai, artis itu sebenarnya adalah Puan Sri Dato’ Norzilah Abdul Jalil ataupun lebih dikenali sebagai Ziela Jalil, dikatakan telah pun mendirikan rumah tangganya bersama seorang lelaki yang bergelar Dato’ dan bernikah di sebuah masjid yang terletak di Kuala Lumpur kira-kira dalam dua tahun yang lalu.

Beberapa kiriman gambar dan ‘screenshot’ yang diterima juga seolah-olah memberi ‘hint’ yang menyatakan dia sebenarnya sudah pun bergelar isteri orang daripada sumber yang boleh dipercayai.

Malah, perkara itu juga sebenarnya telah lama diperkatakan oleh netizen sejak April tahun lalu, tapi sehingga sekarang tiada pendedahan mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

Sekarang katanya kecoh lagi isu ni di media sosial apabila ada beberapa individu yang membangkitkan semula isu penerbit terkenal yang sudah berkahwin dan juga merupakan isteri muda itu.

Semalam team kami ada terbaca satu posting daripada seorang pengguna Twitter yang mengaku penerbit itu sebenarnya adalah ibu tirinya yang sudah bernikah dengan ayahnya sejak 2 tahun yang lalu, tetapi ‘tweet’ itu sudah pun di padam oleh wanita itu.

Saya sudah memadam tweet saya semalam. Tetapi lelaki itu sememangnya ayah saya dan dia sudah pun berkahwin dengan Ziela Jalil.

Jika dia (Ziela Jalil) mahu ‘ignore’ isu ini, saya hormat keputusan dia. Tetapi saya perlu bersuara disebabkan gambar ayah saya sudah pun tersebar di dalam satu artikel. Saya tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar, tetapi ini semua benar.

Apapun, kita tunggu tuan empunya badan keluarkan kenyataan dan kiranya dia enggan mengeluarkan apa-apa kenyataan sekali pun, kita sebagai manusia kenalah hormat keputusan dia. Yang penting dia bahagia bersama suami tercinta. Doakan je baik-baik.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas