Connect with us

Oh! Media

Anak Tiri Panggil Indah Ruhailah ‘Mommy Monster’

Indah Ruhailah Dnan Keluarga

Oh! Artis

Anak Tiri Panggil Indah Ruhailah ‘Mommy Monster’

Penyanyi terkenal Indah Ruhailah telah mendirikan rumah tangga bersama duda anak dua berkongsi mempunyai hubungan baik bersama anak tiri. Tambahnya dua anak tirinya memanggilnya dengan panggilan Mommy Monster.

BACA: “Setiap Kesilapan Memiliki Ruang Untuk Diperbaiki” – Abby Abadi Akhirnya Bertemu Aslam

Memetik laporan Harian Metro, Indah telah mengulas mengenai hubungan bersama anak-anak serta turut berkongsi pengalaman menyambut lebaran bersama.

IKLAN

Penyanyi itu juga berkata kedua-dua anak tirinya mempunyai hubungan yang rapat walaupun mereka tinggal dengan ibu kandung.

Indah ruhaila

Alhamdulillah hubungan saya dan anak-anak rapat walaupun mereka menetap bersama ibu mereka, tapi kami ada keluar bersama-sama.

Tambahnya, mereka memanggil Indah sebagai Mommy Monster bukan sebab Indah terlalu garang tapi sebab dia dianggap comel.

Mereka pun memanggil saya ‘Mommy Monster’, bukan sebab saya garang tapi sebab saya comel.

Penyanyi itu juga berkata dua anak perempuan yang telah meningkat dewasa sudah anggap Indah macam kawan kerana mudah serasi.

Dia juga berkongsi Aidilfitri tahun ini unik dan teruja kerana berpeluang siapkan keperluan bersama anak tirinya.

Selalunya anak-anak akan beraya dengan bekas isteri suami tapi tahun ini mereka memilih untuk beraya dengan kami.

Indah juga berkata telah menyiapkan baju sedondon untuk keluarga dan teruja kerana kali pertama menyambut lebaran bersama.

Penyanyi terkenal itu telah berkahwin dengan Ahmad Shariff pada 2017 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Semoga hubungan rapat antara Indah dan anak tirinya berkekalan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas