
Oh! Artis
Anak Dituduh Menipu Dan Reka Cerita, Fazura Menangis Dalam ‘Live’
Fazura sebak dan menangis ketika mendoakan anaknya, Fatima dalam live.
Pelakon terkenal, Fazura mencuri perhatian apabila tiba-tiba sebak dan menangis ketika bersiaran langsung di Instagram.
Momen itu berlaku secara spontan membuatkan penonton yang menyaksikan live turut tersentuh hati.
BACA: “Fatima Tak Pandai, Fatima Tak Comel” – Anak Luah Kata-Kata Mengejutkan, Fazura Terkedu
Fazura tiba-tiba sebak doakan Fatima
Pada awalnya, salah seorang netizen bertanyakan keadaan anaknya melibatkan kata-kata ‘nenda’ yang menyebut Fatima tak pandai dan tak cantik.
View on Threads
Fazura kemudian meminta peminat mendoakan Fatima lalu menangis mengenangkan nasib anaknya itu.
Menurut seorang pengguna media sosial, dia tidak sempat merakam dari awal kerana terkejut melihat reaksi Fazura.
Rakannya yang berada bersama Fazura dalam live itu turut menjelaskan bahawa budak-budak tidak akan menipu dan Fazura tidak ada niat untuk memviralkan video tersebut.
Cuma satu I nak cakap, budak-budak tak pernah pandai menipu tau. Dia akan cakap jujur. Kalau rasa tak percaya, rasa benda ni di create untuk viral takpe Allah ada. Jangan risau Allah ada.
Terdahulu, adik Fattah Amin tampil mempertahankan ibunya, Azizah Abd Ghani susulan video luahan Fatima.

Menurut Raihan, ibunya sangat menyayangi kesemua cucu-cucu dan sama sekali tidak pernah mengajar mereka mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.
Pssttt! Kadang-kadang, momen sebegini mengingatkan kita bahawa selebriti juga manusia biasa yang punya emosi dan rasa kasih sayang yang mendalam. Semoga Fazura terus kuat dan doa yang disampaikan dimakbulkan.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
