Connect with us

Oh! Media

Anak Datuk Shah Rukh Khan Berazam Bantu Orang Miskin Bila Bebas

aryan khan

Oh! Artis

Anak Datuk Shah Rukh Khan Berazam Bantu Orang Miskin Bila Bebas

Dunia hiburan Bollywood sebelum ini dikejutkan dengan penahanan anak kepada pelakon terkenal Datuk Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan. Anaknya yang baru berusia 23 tahun itu didakwa terlibat dengan kes dadah.

ADVERTISEMENT

BACA: Aryan Khan Anak Kepada Shah Rukh Khan Ditahan Kerana Salah Guna Dadah

Aryan yang ketika ini masih dalam tahanan di penjara memberi tahu dia berazam untuk membantu golongan miskin sebaik keluar dari penjara. Perkara ini dikongsikan oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) yang ditugaskan untuk memberi kaunseling kepada Aryan.

Sewaktu kaunseling, dia berkata mahu berbakti kepada masyarakat sekarang dan siap setia untuk berkhidmat kepada negara serta golongan kurang bernasib baik di India. – Kata pegawai NCB.

Aryan bersama 7 lagi banduan lain yang turut ditangkap kes sama telah diberikan kaunseling sejak mereka ditahan. Proses kaunseling ini sebenarnya prosedur biasa yang akan diberikan kepada mereka yang pertama kali ditangkap terlibat kes dadah.

Untuk makluman Aryan ketika ini sedang ditahan di penjara Arthur Road dan masih menantikan perbicaraan mahkamah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas