Pempengaruh media sosial, Timur Gabriel yang merupakan anak kepada penyanyi tersohor tanah air, Datuk Zainal Abidin, baru-baru ini berkongsi kisah menyentuh hati tentang hubungan dingin dengan bapanya.
BACA: “Kalau Nak Nikah, Kenalah Jemput Saya Walinya” – Zainal Abidin Dengar Khabar Angin Anak Dah Kahwin Di Jerman
Dalam perkongsian di sebuah podcast, Timur meluahkan rasa kecewa mendakwa tiada usaha dari Zainal untuk memulihkan hubungan keluarga mereka.
Timur dakwa bapa langsung tak hubunginya
Katanya, meskipun kedua-duanya masih menyimpan nombor telefon masing-masing, mereka tidak berhubung.
Ujarnya, Zainal menunjukkan seolah-olah langsung tidak berminat untuk membina semula hubungan kekeluargaan dengan dirinya.
Dia tak call saya, dia tak wish happy birthday, dia tak wish selamat hari raya. Kalau saya tanya dia apa-apa, dia akan tanya saya semula, “Kamu sembahyang tak?”
Dengan penuh rasa terkilan, dia berharap bapanya itu bertanya sama ada dia sihat, sama ada dia hidup dengan baik atau sama ada prestasinya cemerlang.
Mungkin akan berbaik jika bapa ada usaha ke arah itu
Timur juga mengakui dia mungkin akan berlembut hati jika Zainal berusaha dengan ikhlas untuk menjadi seorang bapa yang baik.
Namun, dia tidak melihat perkara itu disebabkan sikap Zainal yang acuh tidak acuh.
Difahamkan, konflik yang berlaku antara mereka bukanlah perkara baharu. Ia sudah lama berlarutan dan Timur sendiri menyatakan dirinya diabaikan bapa sejak berumur 9 tahun.
#OhmediaNasihat
Semoga Timur dan bapanya dapat berbaik semula dan membina hubungan kekeluargaan yang harmoni. Jangan biarkan masa berlalu tanpa sebarang usaha untuk memperbaiki hubungan yang mungkin tidak boleh diganti.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram theheadoverheelspod