
Oh! Artis
“Anak-Anak Menyatukan Hati Kita Semua” – Fasha Sandha, Nora Danish Sedondon Buka Puasa Bersama
Oleh
Peminat meluahkan rasa seronok melihat pelakon Fasha Sandha dan Nora Danish hadir bersama-sama berbuka puasa bersama bekas keluarga mentua iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.
Menerusi foto yang dimuat naik, kelihatan kedua-dua pelakon ini tampil sedondon dengan pakaian bertona merah. Fasha juga sempat berterima kasih kerana sudi meraikan hari jadi anaknya hasil perkahwinan bersama Jejai iaitu Putra Fayfal yang ke-10 tahun.
Di ruangan komen, para peminat berkongsi rasa gembira dan terharu kerana kedua-dua pelakon ini mengetepikan sengketa lama demi persaudaraan anak-anak mereka.



Memetik laporan mStar, Fasha Sandha dan Nora Danish pernah berselisih faham sejak sekian lama sehingga membawa kepada kes mahkamah. Pada 2018, mereka akhirnya memilih untuk berdamai.
Kredit: mStar | Instagram Fasha Sandha
