Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Amyza Aznan Minta Doakan Anak Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3

Pelakon Amyza Aznan berkongsi khabar duka apabila anak lelakinya, Andre Mikhail, 19, disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Amyza selepas tiga minggu anaknya menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor.

IKLAN

Menerusi hantaran di Instagram, Amyza memaklumkan bahawa keadaan Andre semakin membimbangkan apabila air dalam paru-paru sudah merebak ke jantung.

Sekarang ini anak saya didiagnos kanser paru-paru tahap tiga. Air dalam paru-paru dah masuk jantung. Paru-paru sebelah kanan sudah tidak berfungsi.- Katanya.

Anak Amyza Aznan kini dirawat di ICU…

Dalam perkongsian tersebut, Amyza turut memuat naik video yang menunjukkan dia sedang mengisi borang pemberitahuan pesakit tenat serta memberi kebenaran untuk prosedur perubatan tertentu.

Meskipun diuji dengan penyakit yang serius, Amyza memberitahu bahawa anaknya sangat tenang menghadapi dugaan ini.

Ketika ditolak ke ICU untuk prosedur, dia sangat tenang, mata yang tenang. Semua jururawat juga cakap dia sangat kuat.- Luahnya.

Andre sebelum ini dimasukkan ke Hospital Ampang selepas doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan di bahagian paru-parunya. Dia perlu menunggu keputusan ujian sampel sebelum diagnosis kanser paru-paru disahkan.

Amyza Aznan rayu doa orang ramai…

Sebagai seorang ibu, Amyza tidak dapat menyembunyikan kesedihannya dan berharap agar orang ramai sudi mendoakan kesembuhan anaknya.

Saya merayu, tumpangkan doa dari semua untuk keajaiban kesembuhan anak soleh saya.- Katanya dengan penuh harapan.

#ApaKataOhmedia

Setiap ujian yang datang dalam kehidupan adalah peluang untuk kita bersabar dan berserah kepada Allah.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesembuhan buat Andre Mikhail dan memberi semangat kepada keluarga yang sedang berjuang.

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas