Connect with us

Oh! Media

ammar nazhan

Oh! Artis

Ammar Nazhan Ditegur Menteri Komunikasi

Apa yang dilakukan Youtuber, Ammar Nazhan yang sedang hangat diperkatakan ketika ini memang tidak boleh dimaafkan begitu sahaja. Rata-ratanya mengharapkan agar mereka menerima hukuman yang setimpal sebagai pengajaran.

Terkini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut tampil menegur perbuatan mereka yang dilihat agak keterlaluan menghasilkan kandungan semata-mata untuk meraih tontonan.

IKLAN

Menteri Komunikasi serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat Ammar Nazhan…

Fahmi Fadzil turut mengingatkan pempengaruh agar lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan dan tidak keterlaluan demi meraih perhatian.

(Oleh kerana) ini melibatkan kejadian di luar negara, saya minta rakan-rakan media rujuk dengan Wisma Putra.

Kadang-kadang apa yang diceritakan dalam content itu bukan seperti yang berlaku, tapi netizen sangat pantas untuk melakukan siasatan mereka sendiri.- Ujarnya.

Fahmi turut mengingatkan bahawa netizen masa kini sangat pantas dalam menyiasat kebenaran sesuatu isu. Beliau menegaskan bahawa meskipun pempengaruh tidak berlesen, mereka tetap perlu bertanggungjawab atas kandungan yang dihasilkan.

BACA: Ramai Bengang Dengan Ammar Nazhan, Harap Dipenjara Bila Tiba Malaysia

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia digital yang penuh persaingan, penting untuk pempengaruh menjaga kredibiliti dan tidak sengaja mencipta kontroversi demi tontonan. Jangan sampai kerana content, nama sendiri tercalar dan kepercayaan hilang. Apatah lagi bila ia melibatkan nama baik negara di negara orang.

ammar nazhan

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: BERNAMA


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas