Connect with us

Oh! Media

Ramai Bengang Dengan Ammar Nazhan, Harap Dipenjara Bila Tiba Malaysia

ohmedia michael ang ammar nazhan

Oh! Artis

Ramai Bengang Dengan Ammar Nazhan, Harap Dipenjara Bila Tiba Malaysia

Akibat menyebarkan berita palsu tentang mangsa hilang di hutan Indonesia, ramai yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas Youtuber Ammar Nazhan sebagai pengajaran kepada mereka.

Perkara itu turut disuarakan penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang yang turut menggesa pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan mereka.

Michael berpendapat, permohonan maaf sahaja tidak cukup untuk menutup kesalahan mereka yang telah mencemarkan nama baik Malaysia.

IKLAN

“Sumbat mereka dalam penjara!”- Michael Ang.

image

Michael Ang tidak dapat menyembunyikan kemarahannya dan mengkritik keras tindakan tidak bertanggungjawab pempengaruh tersebut.

These idiots memalukan Malaysian! Nak buat content pun takkan la sampai menipu. Mana otak? Dah buat salah sekadar minta maaf?”

Sorry la, bapa-bapa polis Indonesia sila sumbat mereka dalam penjara ya, ajar sikit.- Tegasnya.

Gesa polis Malaysia turut menahan mereka terlibat…

Bukan sekadar menggesa tindakan di Indonesia, Michael turut berharap Kerajaan Malaysia mengambil langkah sewajarnya terhadap pencipta kandungan yang sanggup menyebarkan berita palsu demi meraih populariti.

Kerajaan Malaysia sila tahan mereka bila balik Malaysia. Dah buat satu Malaysia malu ni! Agak-agak la nak buat duit dan tambah pengikut.

Mak ayah mereka tahu ke anak dia macam ni? Tiba masanya Kementerian Komunikasi ambil tindakan!- Tambahnya lagi.

Sebelum ini, Caprice antara yang terawal berjaya membongkar semuanya adalah palsu selepas mendapat maklumat dari agensi bakat yang mendakwa insiden tersebut sengaja direka!

#ApaKataOhmedia

Berita palsu bukan perkara remeh! Kesannya boleh mencetuskan panik dan merosakkan nama baik negara. Ohmedia memang setuju sangat tindakan tegas dikenakan ke atas mereka yang terlibat.

Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab dan elakkan menipu demi konten.

ohmedia michael ang ammar nazhan

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas