Oh! Artis
Along Eyzendy Ditidurkan Di ICU Buat Sementara Waktu
Along Eyzendy kini ditidurkan di ICU Hospital Serdang. Zalif Sidek mohon orang ramai terus doakan kesihatan aktor berkenaan.
Pelakon, Zalif Sidek memaklumkan rakan seindustri, Along Eyzendy kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.
Menurut laporan mStar, Zalif berkata Along atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz terpaksa ditidurkan buat sementara waktu sejak petang Khamis dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Zalif Sidek mohon doa orang ramai

Zalif berkongsi perkembangan tersebut menerusi satu hantaran di Instagram miliknya sambil memohon doa daripada orang ramai.
Assalamualaikum semua, mohon jasa baik untuk sama-sama mendoakan kesihatan sahabat kita, Along Eyzendy.
Baru dapat info terkini daripada isterinya, Along kini sedang ditidurkan buat sementara waktu dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Along Eyzendy dimasukkan ke wad akibat jangkitan

Difahamkan, Along mula dimasukkan ke wad pada Jumaat minggu lalu selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan sebelum doktor mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedu.
Hasil pemeriksaan ultrabunyi mendapati terdapat bengkak serta takungan nanah pada pundi hempedu aktor tersebut.
Dalam masa sama, Zalif turut menitipkan kata-kata semangat buat isteri Along, Hamidah Mohd Yatim atau mesra disapa Amy, agar terus kuat menghadapi ujian ini.
Semoga Along diberikan kekuatan untuk kembali sedar dan dipermudahkan segala urusan rawatan.
Amy, jangan putus berdoa dan terus kuat. Kami semua bersama kalian.
Pssttt! Saat diuji dengan kesakitan, sokongan doa dan kata semangat amat bermakna. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Along Eyzendy dan keluarganya agar terus diberi kekuatan.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM