Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Along Cham Dedah Punca Bakal Failkan Cerai Isteri Selepas 9 Bulan Bersama

Pelawak, Along Cham, mengesahkan akan memfailkan lafaz taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi, di Mahkamah Rendah Syariah Sepang dalam masa terdekat.

Keputusan mengejutkan ini dibuat selepas sembilan bulan mereka mendirikan rumah tangga.

IKLAN

Along Cham dedah punca, isteri langgar 3 perjanjian taklik…

along cham

Menurut Along atau nama sebenarnya Muhammad Nazimudin Ahmad, 42, tindakan ini diambil kerana Afreena didakwa melanggar tiga perjanjian taklik yang telah dipersetujui sebelum ini, termasuklah tidak patuh dan menipu suami.

Ya, saya akan failkan dan pengesahan lafaz taklik terhadap isteri. Memang mengejutkan semua dan semua ibarat drama yang ada plot twist.

Sebelum ke mahkamah untuk failkan pengesahan itu, saya perlu dapatkan beberapa dokumen penting seperti sijil nikah termasuk kad pengenalan saya yang masih dalam simpanan mak lampir (gelaran kepada Afreena).

Dia langgar taklik itu beberapa bulan yang lalu iaitu pada tahun lepas. Buat masa sekarang saya tak boleh nak cerita panjang sebab semuanya masih belum selesai.- Katanya kepada media.

Dia juga mendedahkan bahawa sebelum ini, urusan memfailkan lafaz taklik tergendala akibat penahanannya oleh pihak polis pada 14 Disember 2024 atas tuduhan memiliki dadah.

Along Cham bagi bayangan isteri berlaku curang…

Ditanya mengenai kewujudan orang ketiga dalam perkahwinan mereka, Along tidak menafikan kemungkinan tersebut.

Mengenai kecurangan isteri, saya tak boleh buat huraian, tapi orang ketiga itu memang wujud. Cuma, ini bukan ke arah curang. Banyak kali dan macam-macam dia buat dekat belakang saya.

Saya sampai tahap sudah habis sayang rumah tangga saya. Saya juga sudah beri peluang dan mengejutkan dia tetap langgar, saya tak sangka.- Katanya.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas