Connect with us

Oh! Media

“Aliff Aziz Wajib Tengok Ni” – Syed Saddiq ‘Sporting’ Jadi Superman Untuk Ara Dan Ayden

Ohmedia syed Saddiq Superman

Oh! Artis

“Aliff Aziz Wajib Tengok Ni” – Syed Saddiq ‘Sporting’ Jadi Superman Untuk Ara Dan Ayden

Netizen puji ‘effort’ yang ditunjukkan Syed Saddiq, sporting pakai ikut tema majlis.

Majlis sambutan hari lahir anak-anak Bella Astillah iaitu Ayden dan Ara menjadi perhatian ramai apabila tular beberapa video di TikTok memaparkan suasana meriah bertemakan karakter filem.

Ayden kelihatan segak dalam kostum Iron Man, manakala adiknya, Ara pula comel dengan kostum Moana.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah kehadiran Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq yang turut sama memeriahkan majlis tersebut.

IKLAN

Syed Saddiq ‘sporting’ pakai kostum Superman

Tidak hanya hadir, Syed Saddiq turut mengenakan kostum Superman, mengikut tema sambutan hari lahir anak-anak tersebut.

Aksi beliau yang sporting habis itu telah mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dan memuji sikap mesra beliau terhadap anak-anak.

Netizen bandingkan dengan Aliff Aziz

Syed Saddiq
Foto TikTok budak tadika

Ada yang menyifatkan ‘effort’ Syed Saddiq itu sukar ditandingi, malah ada juga yang secara terbuka membandingkan kehadiran beliau dengan bapa kandung kepada Ayden dan Ara, iaitu penyanyi Aliff Aziz.

Netizen memuji sikap Syed Saddiq yang sentiasa memberi galakan terhadap anak Bella Astillah contohnya ketika Ayden menyertai triathlon di Pulau Langkawi dan Desaru Johor baru-baru ini.

Pssttt! Walaupun lucu tengok Superman dengan seluar terlondeh, netizen terharu Syed Saddiq sangat sporting walaupun beliau dikenali dengan ahli politik yang berwibawa kan..

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas