Connect with us

Oh! Media

Aliff Aziz Pulang Ke Malaysia, Kembali Bersama Bella Astillah

Oh! Artis

Aliff Aziz Pulang Ke Malaysia, Kembali Bersama Bella Astillah

Rasanya, semua sedia maklum dengan kontroversi rumah tangga yang melanda penyanyi Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah. Kini setelah hampir dua tahun, dengarnya Aliff dah pulang ke pangkuan keluarganya yang tersayang.

ADVERTISEMENT

Aliff dan Bella telah berkahwin pada tahun 2016, namun bercerai pada tahun lepas setelah Aliff beberapa kali kantoi melakukan perbuatan curang. Disebabkan itu, Aliff telah pulang ke Singapura dan tinggal bersama ibu dan bapanya. Tapi 26 April lalu, Bella telah mendedahkan yang dia dan Aliff telah rujuk semula ketika masih dalam edah dan dirinya hamil anak kedua.

Menerusi posting ibu Aliff di Instagram, Siti Hafiza telah luahkan rasa sedih dan berat hatinya untuk lepaskan anak lelakinya pulang ke Malaysia. Namun sedar dengan tanggungjawab yang beliau pikul, Siti Hafiza tetap merelakan perjalanan Aliff dan mendoakan yang terbaik buat anaknya.

“Hari di mana saya perlu mengucapkan selamat tinggal pada anak saya. Alahmdulillah selepas hampir dua tahun, akhirnya dia kembali ke Malaysia untuk bersama isteri dan anak-anak. Walaupun berat untuk ucap selamat tinggal, kami faham tanggungjawab dia untuk bersama keluarga lebih penting.” – tulisnya.

Beliau juga turut mendoakan supaya Aliff menjadi insan yang terbaik buat dirinya sendiri dan keluarga. Pada masa yang sama, Aliff mengucapkan terima kasih pada ayah dan ibunya serta berharap usahanya dapat membuahkan hasil yang membanggakan mereka nanti. Malah, caption Aliff dalam InstaStorynya juga menunjukkan yang dia benar-benar rindu dengan keluarganya di Malaysia.

“Sudah dua tahun sejak kali terakhir menaiki pesawat ini. Daddy tak sabar nak jumpa awak sayang (Bella dan anak-anak).” – tulis Aliff.

Semoga yang baik-baik sahaja buat Aliff dan Bella. Setiap manusia memang layak untuk dapat peluang kedua untuk perbaiki diri. Pedulikan orang nak cakap apa, yang penting Aliff kena buktikan yang dia tak akan sia-siakan peluang baru untuk hidup bahagia dengan isteri dan anak-anak.

Kredit : mStar

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas