Connect with us

Oh! Media

Aliff Aziz Mengaku Sebulan Lebih Tak ‘Contact’ Isteri Dan Anak Sebab Takut Dengar Suara Mereka

aliff aziz

Oh! Artis

Aliff Aziz Mengaku Sebulan Lebih Tak ‘Contact’ Isteri Dan Anak Sebab Takut Dengar Suara Mereka

Penyanyi Aliff Aziz akhirnya muncul menerusi satu pendedahan eksklusif bersama The Commonfolks di Youtube.

ADVERTISEMENT

BACA: Aliff Aziz Akhirnya Bersuara, Menangis Dan Mengaku Menyesal Keluarkan Cerita Curang Bella

Dalam temubual itu, Aliff mengaku apa yang terjadi dalam hidupnya baru-baru ini sangat menyerabutkan. Dia tidak berniat untuk menegakkan benang yang basah, cuma mahu menjelaskan situasi dari pihaknya.

aliff aziz

Ketika ditanya keadaannya dengan isteri Bella Astillah, Aliff mengaku mereka sebenarnya sudah lebih sebulan tidak berkomunikasi.

Selama tempoh itu juga, Aliff tidak berhubung dengan kedua-dua anaknya iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

aliff aziz

Kali terakhir aku bercakap dengan Bella dan anak-anak rasanya mungkin 40 hari lepas. Nak kata communication tu for the past week memang zero communication. Tak dapat get through aku kena block dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, Aliff mengaku berasa takut untuk bercakap dengan Bella kerana tempoh masa sudah terlalu lama.

Aku jadi takut untuk dengar suara Bella bercakap di telefon sebab entah aku tak tahu nak cakap, tapi benda tu menakutkan untuk aku. Bila aku dengar, benda tu akan buatkan mental aku terjejas.

Penyanyi ini menjelaskan dia sama sekali tidak lari daripada masalah tetapi situasi di antara mereka sangat rumit.

Kata Aliff, mereka sudah terlalu lama tidak bercakap dan dia tidak tahu daripada mana mahu memulakan serta tidak tahu apa yang mahu diperkatakan.

Kredit: Youtube TheCommonFolks SG

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas