Oh! Artis
Aliff Aziz Mahu Selesaikan Kes Tangkap Khalwat Dengan Ruhainies, Ikut Semua Prosedur Jawi
Nama penyanyi, Aliff Aziz sering menjadi topik hangat di media sosial selepas dirinya ditangkap khalwat dengan pelakon jelita, Ruhainies pada 9 Mac lepas.
BACA: Aliff Aziz Liat Sampai 3 Jam Nak Buka Pintu Lepas Kantoi Berkhalwat Dengan Pelakon Wanita Jelita Ini
Menurut laporan mStar, Aliff berkata yang mereka berdua masih dalam proses-proses ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan akan berikan komitmen sepenuhnya berhubung kes itu.
Saya tiada apa nak ulas cuma sekarang kami berdepan semua prosedur seperti mana yang semua perlu lalui.
Jadinya kami akan selesaikan perkara tersebut apabila tiba masanya, insya-Allah.
Sebelum ini, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan sementara menanti dituduh di mahkamah syariah.
Mereka berdua juga akui tiada hubungan dan tampil memohon maaf selain menganggap apa yang berlaku itu adalah sebagai ujian hidup.
Aliff juga berkata yang dia berniat hanya ingin bantu angkat barang penggambaran Ruhainies naik ke rumahnya saja.
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
