Connect with us

Oh! Media

Alif Satar Dibenarkan Pulang, Sudah Bebas Dari Virus

Oh! Artis

Alif Satar Dibenarkan Pulang, Sudah Bebas Dari Virus

Pejam celik, pejam celik, rupanya dah 12 hari penyanyi Alif Satar dirawat dan dikuarantin di Hospital Melaka selepas disahkan positif Covid-19 dua hari selepas membuat persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35. Akibat dari itu, episod ke 3 SFMM35 pun terpaksa ditunda dan semua rakan artis yang terlibat perlu membuat saringan dan jalani kuarantin.

ADVERTISEMENT

BACA : Alif Satar Tak Henti Mohon Maaf, Ini Antara Rakan Artis Yang Turut Melakukan Ujian Saringan

Tapi sekarang, Alif dah boleh tarik nafas lega selepas disahkan bebas dari virus tersebut. Bahkan, rakan-rakan artis yang buat ujian saringan pun kebanyakannya semua negatif. Tapi, semua pilih untuk turut kuarantin diri mereka sebagai langkah berjaga-jaga. Alif lafazkan rasa syukurnya kerana setelah sekian lama, dapat juga balik jumpa keluarga dan anak-anak.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikurniakan. Sukacita Alif kini sudah kembali sihat dan kini berada bersama keluarga tersayang.” – katanya.

Alif turut luahkan rasa rindunya pada isteri dan anak-anak. Mana taknya, dah dua minggu berjauhan, tipulah kalau kata tak rindu, kan? Alif ambil keputusan untuk luangkan masa beberapa hari dengan keluarganya terlebih dahulu sebelum kembali bekerja seperti biasa. Terkenal dengan sikap rendah dirinya, Alif turut zahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang beri kerjasama dan sokongan pada dirinya sewaktu ditimpa penyakit tersebut.

“Alif ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak teruatamanya Kementerian Kesihatan Malaysia, produksi Muzik-Muzik TV3, JS Pictures dan rakan industri yang cukup prihatin dan bertindak pantas mengambil tanggungjawab dengan membuat ujian saringan selepas Alif disahkan positif Covid-19.” -tambahnya.

Alif juga sempat pesan pada masyarakat untuk tidak memberikan stigma negatif pada mana-mana pesakit Covid-19 kerana ia boleh beri kesan pada mereka. Yelah, mana ada orang yang minta untuk kena, kan? Semoga kita semua dihindarkan dari terkena wabak ini. Amiin.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas