Connect with us

Oh! Media

Album Solo Sissy Iman Habis Terjual Kurang 2 Jam, Tawar RM20 Tapi Ada Yang Sanggup Bayar Lebih

Album sissy iman habis terjual

Oh! Artis

Album Solo Sissy Iman Habis Terjual Kurang 2 Jam, Tawar RM20 Tapi Ada Yang Sanggup Bayar Lebih

Album sulung Sissy Iman yang dirakam di Studio Abeey Road, London pada tahun lepas sudah habis terjual kurang dari 2 jam dan berita gembira ini dikatakan sendiri bapanya, Mohammad Kamil Mustaffa. Pergh! Terbaik.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, Sissy mahu menjual album yang dicetak sebanyak 1,000 unit itu pada harga RM20 satu tetapi ramai pembeli yang sanggup untuk bayar dengan harga yang lebih tinggi.

Rata-rata yang membeli itu daripada pelbagai latar kerjaya dan peringkat usia, termasuk kebanyakan mereka adalah ‘collector’.

Bapa Sissy juga mengatakan yang walaupun tidak meraih keuntungan yang vesar kalau nak dibandingkan dengan perbelanjaan untuk menghasilkannya, dia tetap rasa bersyukur.

Penghasilan album ini di Studio Abbey Road, London sudah sangat bermakna buat Sissy. Ia dianggap pencapaian terbesar buat dirinya yang diimpikan selama ini.

Jadi, tak apalah asalkan dia gembira dan terus bersemangat untuk bekerja dalam bidang muzik.

Kamil juga memaklumkan yang anaknya itu telah mengambil masa selama 10 tahun dalam industri untuk berjaya menghasilkan album tersebut. Bukan tu jer, dia juga menggunakan wang hasil titik peluh yang dikumpul sendiri daripada menceburi pelbagai bidang seni.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas