Connect with us

Oh! Media

“Aku Tak Sengaja!” – Kesal Termakan Sandwich Tak Halal, Norreen Siap ‘Samak’ Lidah

Oh! Artis

“Aku Tak Sengaja!” – Kesal Termakan Sandwich Tak Halal, Norreen Siap ‘Samak’ Lidah

Nama selebriti tanah air, Norren Iman tidaklah terlalu dikenali pada awal kemunculannya iaitu sebagai seorang Instafamous, namun sedikit demi sedikit dia berjaya mencipta nama dalam industri hiburan.

ADVERTISEMENT

BACA: Ragu-Ragu Minyak Khinzir Terlekat Pada Tangan Atau Tidak

Sebelum ini, dia pernah tampil dalam beberapa program serta muncul sebagai pelakon. Malah, kehadirannya juga diterima ramai peminat oleh kerana aksi spotannya di khalayak ramai.

Terbaharu, Norren Iman telah berlepas ke London, United Kingdom baru-baru ini bersama suami serta beberapa rakan artis yang lain termasuklah Andi Bernandee dan Janna Nick bagi tujuan sebuah pengambaran.

Baru tiba di London, Norreen kesal termakan sandwich tak halal

Bagaimanapun, ketibaannya ke negara itu seakan-akan ‘permulaan hitam’ bagi dirinya selepas berlaku sebuah insiden yang tidak diingini ketika berada di lapangan terbang.

Hal itu selepas tempoh 11 jam untuk tiba menyebabkan dia dan rakan-rakannya turut berasa lapar sehingga bertindak membeli sandwich berintikan bacon di sebuah kedai.

Namun setelah menjamahnya, barulah mereka sedar bahawa makanan yang dimakan itu tidak halal selepas membaca senarai kandungan bahan yang memaparkan perkataan Pork Belly.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, jelas kelihatan kekesalan dalam dirinya sebelum ditegur oleh Janna Nick dan Andi Bernandee mengenai perkara itu.

Kejadian di hari pertama sebaik sahaja sampai London ! Baru first day NORREEN, bukan aku je termakan, dengan Razzi pun termakan sekali !!

Siap sental lidah, akui trauma dengan kejadian itu

Selepas tiba di kawasan penginapan, Norreen tanpa melengah masa terus menuju ke tandas bagi membersihkan saki-baki makanan tersebut dengan memberus gigi berulang kali.

Jelasnya, perkara itu bukanlah disengajakan memandangkan dirinya pertama kali berkunjung ke negara itu dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

@ejannjann_

##ad @norreen143_ 😂🤣 ##foryou ##fyp ##foryoupage ##viral

♬ original sound – IG Ejannjann_

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok, Norreen dilihat berulang kali menyental lidahnya dengan berus gigi selain turut kesal dengan perlian netizen yang bertanya mengenai rasanya.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji usaha yang dilakukan olehnya selain beranggapan insiden itu dibolehkan kerana dirinya yang tidak sengaja memakan makanan tidak halal.

Setakat ini, perkongsiannya itu telah mencapai lebih daripada 150,000 jumlah tontonan serta mendapat 23,739 tanda suka.

Kredit: Instagram Norreen Iman I TikTok ejannjann_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas