Oh! Artis
“Aku Tak Pernah Kira Skandal Aku, Dalam 5 Ke 6 Orang..” – Azlan Komeng Dedah Ini Pertama Kali Monogami
Pelakon, Azlan Komeng buat pendedahan mengejutkan di mana dia pernah berpoligami dan dalam pada masa yang sama turut menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita.
Menerusi satu video di Tiktok, Azlan juga berkata yang dirinya tidak pernah bermonogami dalam tempoh masa yang lama sebelum dia berkahwin dengan isterinya, Nur Nilam.
Aku tak pernah kira pun skandal aku, kalau ikut dalam lima ke enam orang.
Sebenarnya sebelum aku berkenalan dengan isteri aku (Nur Nilam), aku dah ambil keputusan untuk meninggalkan semua termasuk isteri-isteri aku dahulu.
Yang terakhir aku ada dua orang isteri, pernah ada tiga orang isteri juga dan aku tak pernah monogami sebelum ini.
Sekarang ada seorang sahaja isteri, ini pertama kali aku monogami. Paling lama pun setahun dan selepas itu akan ada isteri lain.
Bukan tu jer, pelakon itu juga mendedahkan wanita-wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengannya sebelum ini sanggup untuk berpoligami. Walau bagaimanapun, Azlan mengaku khilafnya itu.
Itu adalah kesalahan aku. Maksudnya aku kurang berfikir dan mudah suka dengan orang.
Sebenarnya majoriti daripada bekas-bekas isteri aku, mereka yang berkehendak (mahukan) dengan aku. Bukan aku yang nak tapi mereka dengan rela untuk menjadi madu.
Kemudian, pelakon itu mengambil keputusan untuk memutuskan semua hubungannya dan memohon maaf kepada semua wanita itu.
Jadi aku putuskan semua, untuk pihak bekas isteri supaya mereka tak sakit hati lagi. Untuk bekas-bekas skandal aku dah berterus terang, aku kata mungkin pernah berjanji jadi aku minta maaf dan aku tidak mahu lagi berkahwin.
Aku kata kalau masih nak bersama atau tidak itu terpulang, tapi aku tidak berjanji untuk mengahwini mereka.
Majoriti masih nak bersama, jadi aku kata kalau nak berkahwin minta dengan tuhan.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM