Connect with us

Oh! Media

“Aku Pastikan Dia Bahagia” – Jejaka Kacak Ini Tawar Jadi Suami, Tak Mahu Puteri Sarah Terluka

Oh! Artis

“Aku Pastikan Dia Bahagia” – Jejaka Kacak Ini Tawar Jadi Suami, Tak Mahu Puteri Sarah Terluka

Seorang jejaka di platform TikTok baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai setelah menawar diri untuk menjadi suami baru kepada pelakon, Puteri Sarah.

ADVERTISEMENT

Ia selepas pelakon berkenaan memaklumkan mahu bercerai dengan suami, Syamsul Yusof kerana tidak sanggup bermadu dengan Ira Kazar.

Melalui perkongsiaan video pendek yang di buat oleh lelaki itu atau di kenali sebagai Arif Izo, dia ada memuat naik satu keping gambar Syamsul dengan berkata ‘Salam Sol‘.

https://www.tiktok.com/@arifizo/video/7187424963316485402

Lalu meletakkan beberapa gambarnya yang penuh bergaya sebelum meletakkan foto Sarah pada penghujung video tersebut.

Kenalkan bakal suami Puteri Sarah, aku akan pastikan dia bahagia.

Biarpun membuat video berkenaan sebagai gurauan dan konten di media sosial, rata-rata netizen menyokong pemuda itu dan menyifatkan dia serta ibu kepada dua orang cahaya mata tersebut pasangan yang serasi.

Dalam pada masa yang sama, ada juga beberapa individu wanita yang sempat memuji ketampanan lelaki tersebut serta membandingkan dengan Syamsul Yusof.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas