Connect with us

Oh! Media

“Aku Merindukan Mu, Setengah Mati Merindu” – Puteri Sarah 

Untitled Design   1

Oh! Artis

“Aku Merindukan Mu, Setengah Mati Merindu” – Puteri Sarah 

Sebentar tadi kami melaporkan yang pengarah, Syamsul Yusof hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi tadi untuk sebutan kes nusyuz yang difailkan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada 21 Mac lepas.

BACA : “Saya Cuba Reda, Begitu Juga Dengan Dia” – Syamsul Tak Mahu Sakiti Perasaan Puteri Sarah

Puteri Sarah dikatakan tidak dapat hadir pagi tadi kerana ada urusan lain yang melibatkan kerjanya di luar negara dan mahkamah telah menetapkan tarikh baru untuk sebutan kedua tuntutan yang difailkan itu pada 8 Mei nanti.

IKLAN

Syamsul juga mengatakan yang dia terima dan reda dengan apa saja keputusan bagi Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk kes penceraian pada Isnin depan apabila ditanya pihak media.

Buat masa ini, tiada lagi sebarang kenyataan daripada Sarah tapi dia ada memuat naik IG Story dengan meletakkan lagu dari Judika yang bertajuk Setengah Mati Merindu seolah merindukan seseorang ataupun sesuatu.

02a1d57b cae1 4e17 b6c6 8d121f0737f7

Aku merindukanmu, setengah mati merindu.

Tidak tahulah apa yang mahu disampaikan Sarah menerusi lagu itu atau ianya hanya ‘random’ saja.

Apapun, semoga yang baik-baik saja buat kedua-dua pasangan selebriti ini. Kita sebagai orang luar jangan jadi batu api. Apapun, biarkan mereka sendiri yang berfikir dan buat sesuatu keputusan.

Kredit: Instagram Puteri Sarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas