Oh! Artis
“Aku Bukan Jodohnya” – Shuk Sahar Rakam Momen Ke Mahkamah, Lagu Bikin Sedih
Kisah rumahtangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera seolah-olah menemui penghujungnya apabila pelawak itu dilihat hadir ke pejabat agama bersama peguam.
BACA: “Saya Tak Mampu Bahagiakan Shuk” – Dah Lama Bertahan, Rossa Sera Tak Boleh Teruskan Hubungan
Dalam hantaran yang dibuat di TikTok itu, Shuk dilihat berbaju hitam dan bersongkok berjalan dengan tenang. Latar belakang rakaman pula diselitkan lagu Aku Bukan Jodohnya nyanyian Tri Suaka.
@shuksahar #akubukanjodohnya #akutitipkandialanjutkanperjuanganku #semogadipermudahkansegalanya ♬ original sound – shuksahar
Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan netizen. Ada yang turut bersedih mengenangkan perkahwinan pasangan kontroversi itu, ada juga yang memberi nasihat kepada Shuk supaya jadikan kisah hidupnya itu sebagai pengajaran.




Tak kurang juga yang mengkritik Shuk yang merakam video seolah-olah sedang shooting drama atau muzik video. Apa-apa pun semoga urusan Shuk dan isteri dipermudahkan.
Kredit: TikTok Shuk Sahar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM