Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Mampu Bahagiakan Shuk” – Dah Lama Bertahan, Rossa Sera Tak Boleh Teruskan Hubungan

rossa sera

Oh! Artis

“Saya Tak Mampu Bahagiakan Shuk” – Dah Lama Bertahan, Rossa Sera Tak Boleh Teruskan Hubungan

Baru-baru ni tular di media sosial, video yang memaparkan Shuk menceritakan kisah hidupnya selepas berpisah dengan Rossa Sera dalam sebuah rancangan Hard to Heart bersama Pak Nil.

ADVERTISEMENT

BACA: Selalu Tunjuk Sedih Sampai Dituduh Tak Move On, Isteri Shuk Jelaskan Sebabnya

Selepas kecoh berkenaan video Shuk Sahar di media sosial, Rossa Sera telah dijemput hadir ke rancangan Meletop untuk berkongsi cerita mengenai dirinya pula.

Tak boleh nak maafkan lagi

@imranimlap #meletop #fyp ♬ original sound – imran imlap

Dalam rancangan tersebut, Rossa telah meluahkan isi hatinya dan menyatakan bahawa dirinya itu sudah tidak mampu untuk membahagiakan Shuk.

Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri. Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja.

Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia. Ini juga ujian buat Shuk. Saya tidak pernah salahkan dia. Bukan senang dia nak lalui semua ini. Sehingga sekarang saya masih memberi kata-kata semangat buatnya.

Rossa mengatakan dirinya hanya perlu bersabar dengan ujian yang diberikan ini. Selama ini, Rossa hanya mengadu dengan ibunya mengenai masalah yang menimpanya dan berserah kepada Allah untuk segala ketentuan hidupnya.

Rossa kini hanya mahu fokus kepada anak-anak dan perniagaannya sahaja dan juga mengatakan hubungannya bersama Shuk cukup sampai di sini saja kerana dia tidak mampu untuk beri kebahagiaan buat Shuk.

Akhirnya terjawab status hubungan Rossa Sera dan Shuk Sahar.

Semoga hubungan mereka berdua diberikan pengakhiran yang baik dan diberi kebahagiaan untuk masa akan datang.

Kredit: TikTok | MyArtis

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas