Oh! Artis
“Adik Baru 20 Tahun, Kesilapan Bukan Makna Gagal” – Abby Abadi Titip Pesanan Untuk Marissa Dania
Isu cerai dan rujuk dengan Aslam, Abby Abadi bersuara.
Kemelut rumah tangga yang melibatkan anak kepada pelakon Abby Abadi kembali menjadi perhatian ramai.
BACA: Marissa Dania Dan Aslam Hadir Ke Mahkamah Syariah Untuk Pengesahan Cerai Dan Rujuk
Kali ini, Abby tampil bersuara selepas isu perceraian yang melibatkan Marissa Dania dan Aslam hangat diperkatakan.
Apa yang lebih mengejutkan, hubungan tersebut dilaporkan melalui fasa penceraian sebanyak dua kali, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Abby Abadi titip nasihat penuh makna
Sebagai seorang ibu, Abby tidak berdiam diri dan dilihat menitipkan pesanan yang cukup mendalam buat anaknya, Marissa Dania.
Dalam perkongsian tersebut, Abby menasihatkan Marissa supaya menikmati keindahan ciptaan Allah SWT terlebih dahulu.
Dia mahu Marissa memberi peluang kepada diri sendiri supaya merasai nikmat hidup yang Allah SWT anugerahkan.
Tambahnya, Marissa masih muda kesilapan bukanlah tanda gagal sebaliknya tanda sedang belajar untuk menjadi manusia lebih baik.
Pssttt! Isu rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui, lebih-lebih lagi bila ia menjadi perhatian umum. Apa pun yang berlaku, sokongan keluarga adalah perkara paling penting. Harapnya semua pihak diberi kekuatan dan ruang untuk memperbaiki keadaan tanpa tekanan luar.
Kredit: Instagram Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM