Connect with us

Oh! Media

“Ada Pihak Cuba Nak Jatuhkan Noh Salleh”, Kononnya Video Lucah Tersebar, Tapi Tidak Dijumpai

Ohmedia video lucah penyanyi

Oh! Artis

“Ada Pihak Cuba Nak Jatuhkan Noh Salleh”, Kononnya Video Lucah Tersebar, Tapi Tidak Dijumpai

Kecoh beberapa hari ini terutamanya Twitter mengenai dakwaan kemunculan video tidak senonoh milik penyanyi Noh Salleh yang dikatakan berlegar-legar di media sosial.

BACA : Noh Salleh Dan Mizz Nina Didakwa Bercerai Talak Satu Semalam

Namun, sehingga kini, masih tiada kenyataan dibuat pelantun lagu Renjana itu malahan berita mengenai penceraian antara dia dan Mizz Nina pula yang muncul di antara kekecohan itu.

IKLAN

Hasil carian di Twitter, terdapat seorang individu yang mengeluarkan teori bahawa terdapat cubaan untuk menjatuhkan Noh kerana menurutnya, sebarang carian mengenai video tidak senonoh itu hanya akan berakhir di profil-profil akaun palsu dan juga akaun ‘click bait’.

Malah, menurut individu itu lagi, kebanyakan ‘fake account’ itu berasal dari negara India dan bukannya tempatan.

Katanya lagi, akaun-akaun palsu ini secara logik akal mesti dibayar oleh seseorang dan timbul tanda tanya mengenai siapakah pelakunya?

Tambahan pula, video dan foto yang didakwa mengandungi aksi tidak senonoh Noh Salleh itu hanyalah berupa gambar ‘video thumbnail’ dan juga fail tersembunyi.

Kesahihan mengenai video tersebut wujud atau tidak masih lagi tidak dapat dipastikan sehingga ke saat ini. Apa pandangan korang?

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas