Connect with us

Oh! Media

Noh Salleh Dan Mizz Nina Didakwa Bercerai Talak Satu Semalam

C33c60ba e163 43af ba6e b98ff20b8e4b

Oh! Artis

Noh Salleh Dan Mizz Nina Didakwa Bercerai Talak Satu Semalam

Pasangan selebriti sensasi Mizz Nina dan Noh Salleh didakwa sudahpun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, semalam. Biar betul?

BACA : Tersebar Screenshot WhatsApp Dakwa Ada Bukti Noh Salleh Curang

Menurut laporan Harian Metro, pasangan itu dikatakan sudahpun memfailkan penceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah yang sama.

IKLAN

Penceraian mereka telah didaftarkan di bawah kod kes 005 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Walaubagaimanapun, apabila Harian Metro cuba untuk mendapatkan kenyataan daripada Mizz Nina gagal apabila penyanyi itu tidak membalas mesej yang dihantar.

Di Twitter, seorang pengguna ada memuatnaik satu tweet yang memetik nama pasangan itu setelah ditanyakan mengenai kisah artis yang bercerai di Mahkamah Gombak Timur.

Bad89813 71fa 41ac 9c2b a3879d5db9d0

Walaubagaimanapun, kita masih menantikan pengesahan dari kedua-dua pihak.

Terdahulu, media hiburan tempatan melaporkan terdapat desas desus yang mengatakan hubungan rumah tangga Mizz Nina dan Noh Salleh sedang bergolak.

Namun, Noh yang ditemui wartawan menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan tersebut dan menganggap berita tersebut sebagai tidak berasas.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas