Connect with us

Oh! Media

Ada Pengalaman Kena ‘Gam’, Zarina Zainuddin Minta Stesen TV Tak Boikot Aliff Aziz Dan Ruhainies

Aliff Aziz Khalwat

Oh! Artis

Ada Pengalaman Kena ‘Gam’, Zarina Zainuddin Minta Stesen TV Tak Boikot Aliff Aziz Dan Ruhainies

Masih hangat kontroversi di antara dua pelakon terkenal tanah air iaitu Aliff Aziz dan juga Ruhainies sampai rakan artis memberikan komen. Zarina menunjukkan rasa simpati kepada dua pelakon itu dan meminta supaya mereka tidak disenarai hitam. 

ADVERTISEMENT

BACA: Ruhainies Tarik Diri Sertai Festival Jualan Raya, Tak Mahu Bisnes Artis Lain Terjejas

Zarina juga menasihati orang ramai supaya tidak menuduh mereka melakukan perkara yang kurang elok kerana kita tidak berada di tempat mereka. 

Dalam laporan Berita Harian, Zarina meminta stesen TV supaya tidak menyenarai hitam Aliff Aziz dan Ruhainies secara berterusan kerana akan memberi kesan kepada pendapatan selebriti tersebut.

Pengajaran bagi Aliff Aziz dan Ruhainies…

Seperti apa yang terjadi kepada Ruhainies dan Aliff Aziz, baru-baru ini, itu adalah pengajaran dan hikmah bagi mereka.

Memang sedih bila kena gam sebab berlakon adalah periuk nasi.

Terdahulu pelakon veteran tersebut pernah digam dari stesen televisyen pada tahun 1992 disebabkan isu gambar bogel yang menggegarkan negara. 

Sepanjang tempoh disenarai hitam, Zarina juga giat berniaga untuk menyara hidup kerana tidak dapat tawaran berlakon. 

Zarina berkata dia banyak muhasabah diri dan turun naik RTM untuk buat rayuan supaya boleh berlakon kembali.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas