Connect with us

Oh! Media

“Ada Masa Belajarlah Agama” – Tak Malu Mengaku Jarang Solat Penuh, PU Syed Tegur Mas Khan

Oh! Artis

“Ada Masa Belajarlah Agama” – Tak Malu Mengaku Jarang Solat Penuh, PU Syed Tegur Mas Khan

Pelakon Mas Khan mencetuskan kontroversi apabila secara terangan mengaku jarang solat cukup 5 waktu selepas disoal seorang pengikut di Instagram.

ADVERTISEMENT

Katanya walaupun jarang solat penuh, dia mencari pahala dengan membuat kerja kebaikan yang lain seperti bersedekah, tolong orang dan jadi individu bertanggungjawab. Boleh macam tu?

Mas Khan mengaku jarang solat penuh

Kredit foto: xtra

Pengakuan jujur Mas Khan itu telah mengundang teguran daripada pendakwah bebas PU Syed. Menurut PU Syed, solat adalah wajib bagi umat Islam dan tinggal solat secara sengaja adalah dosa besar.

PU Syed tegur solat wajib

Katanya lagi, pelakon ini wajib bertaubat dan ganti semula solat yang ditinggalkan kerana solat adalah amalan pertama yang akan dihitung. Amalan lain hanya tambahan sahaja.

Jika sempurna solat maka yang lain akan mudah..jika solat dah sangkut yang lain terlebih susah untuk lepas.

Jadi dalam isu meninggalkan solat ianya tak boleh dibuat main atau ditinggalkan semudahnya.

Ada masa belajarlah agama.

Dalam pada itu, pendakwah ini memohon Mas Khan belajar agama jika ada masa. Malah teguran ini turut dibuat untuk para pengikutnya yang lain.

Kredit: Instagram PU Syed

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas