Connect with us

Oh! Media

Abby Abadi Tak Akan Maafkan Aslam, – “Saya Tiada Menantu”

Abby Abadi Marissa Dania

Oh! Artis

Abby Abadi Tak Akan Maafkan Aslam, – “Saya Tiada Menantu”

Kemelut rumah tangga melibatkan Marissa Dania, Aslam dan ibu selebritinya, Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila masing-masing kembali berbalas kenyataan di media sosial.

Apa yang lebih mengejutkan, Abby kini menegaskan dia langsung tidak berminat untuk menerima kehadiran Aslam walaupun lelaki itu ingin memohon maaf secara bersemuka.

IKLAN

Hantaran Abby yang dimuat naik di Instagram nyata mengundang pelbagai reaksi apabila dia dengan lantang berkata, “Jangan datang, tiada keperluan untuk datang dan tiada maaf bagimu. Saya tiada menantu, lagi pula suami orang, tidak berminat, titik!”.

Kenyataan itu seolah-olah mematikan sebarang peluang untuk penyatuan semula antara keluarga mereka, sekaligus menambah kerumitan konflik yang berlaku.

Sebelum ini, Abby pernah menyuarakan kesediaannya untuk bertemu dan menyelesaikan isu dengan baik jika pihak suami kepada Marissa tampil membuat permohonan maaf.

Namun perkembangan terbaharu ini menunjukkan pendirian Abby telah berubah sepenuhnya.

Dalam pada itu, ramai netizen tampil di ruangan komen menyuarakan rasa kurang senang terhadap sikap Abby yang dilihat semakin keras dan enggan berdamai.

Ramai yang berharap agar selebriti itu mencari jalan penyelesaian yang lebih baik demi menjaga nama baik keluarga dan masa depan anaknya.

Beberapa pengguna turut mengingatkan bahawa apa yang berlaku adalah urusan rumah tangga anaknya dan wajar ditangani dengan lebih berhikmah agar tidak terus menjejaskan hubungan kekeluargaan.

Pssttt! Dalam apa jua konflik keluarga, emosi sering mengatasi kewarasan. Namun jika masih ada ruang untuk berbincang dan mencari jalan tengah, berlapang dada itu jauh lebih mulia. Jangan biarkan kemarahan menutup pintu kemaafan yang mungkin menjadi penyelamat kepada hubungan yang hampir musnah. Semoga segala yang berlaku menjadi pengajaran buat semua.


Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas