Connect with us

Oh! Media

Abby Abadi Jawab Tuduhan ‘Jual’ Anak, Dah Cantik Nak Salahkan Siapa?

Oh! Artis

Abby Abadi Jawab Tuduhan ‘Jual’ Anak, Dah Cantik Nak Salahkan Siapa?

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba muncul dakwaan mengatakan pelakon, Abby Abadi ‘menjual’ anak apabila sering menggunakan khidmat anak keduanya, Marissa Dania untuk mempromosikan produk. Malah, sebelum ini, Abby pernah dituduh pilih kasih apabila jarang sekali memuat naik foto anak ketiganya, Maria Danisha.

ADVERTISEMENT

BACA: Berkumpul Sambut Raya, Keluarga Norman Hakim & Abby Abadi Didenda Bayar Kompaun RM8,000

Menafikan tuduhan tersebut, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan bertanyakan kembali netizen adakah salah untuk dia menggunakan khidmat anak sendiri.

Dah tu asyik keluar gambar anak je? Mentang-mentanglah anak cantik. Laaa… dah anak ni cantik nak salahkan siapa? Anak orang lain pun ramai je cantik-cantik apa.

Memandang dia seorang peniaga, sudah tentulah dia memerlukan model untuk memperagakan barangan yang dijual.

Menurutnya lagi, konsepnya adalah sama jika dia menggunakan model luar. Menganggap netizen hanya mahu mencari salah, dia bertindak menyekat akaun-akaun tersebut.

abby abadi

Meski pun begitu, pelakon Gerak Khas ini tetap menghargai pengikut-pengikut lain yang sentiasa ada bersamanya. Dia sangat berterima kasih dan menasihati pengikut supaya tidak mudah terpedaya dengan dunia yang penuh fitnah sekarang.

Terdahulu, Abby menjelaskan dia jarang berkongsi gambar atau video anak ketiga kerana Danisha sendiri tidak gemar untuk bergambar. Malah, jika diajak membuat video bersama-sama dia sebolehnya akan mengelak. Jadi tidak timbul isu pilih kasih kerana dia menganggap kesemua anaknya sama sahaja.

Kredit: Abby Abadi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas