Connect with us

Oh! Media

“Menipu Je Kerja” – Abby Abadi Bidas Balik Isu ‘Block’, Tegaskan Tak Pernah Sekat Siapa-Siapa Di Thread

abby abadi

Oh! Artis

“Menipu Je Kerja” – Abby Abadi Bidas Balik Isu ‘Block’, Tegaskan Tak Pernah Sekat Siapa-Siapa Di Thread

Isu ‘block’ di antara Abby Abadi dan pihak-pihak terlibat semakin panas nampaknya! Terbaru, Abby tampil menjawab dakwaan yang kononnya dia telah block individu tertentu di media sosial.

BACA: “Misya Dah Diblock Oleh Puan Abby Dan Anaknya” – Isteri Pertama Aslam Akhirnya Bersuara

IKLAN

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Story, Abby tampil tegas dan lantang mempertahankan diri.

Abby tak pernah block sesiapa

abby abadi

Katanya, dia tak pernah pun block sesiapa di platform Thread, malah menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu pembohongan semata-mata.

Ini semua dari thread & dekat thread saya tak pernah block siapa-siapa… menipu je kerja.

Abby turut membalas satu DM daripada seorang netizen yang seolah-olah menyebelahi pihak tertentu serta menganggap poligami itu menarik.

Abby tak berdiam diri menjawab seolah-olah netizen tahu semua benda padahal tak berada dalam situasi sebenar.

“Aslam tu umur berapa? Kenapa tak tuduh dia ambil anak orang?”

abby abadi

Abby turut berkongsi satu lagi DM yang mempersoalkan tindakannya terhadap isu rumah tangga anaknya, Marissa Dania.

Ada yang menyalahkan Abby sebab block orang dan mendakwa anaknya yang terlebih dahulu mengambil suami orang.

Namun Abby tenang tapi ‘pedas’ menjawab dengan menyindir kenyataan tu.

Sibuk cakap ambil suami orang… Aslam tu umur berapa? Kenapa tak tuduh pulak suami orang tu ambil anak orang?

Menutup cerita ‘block’, Abby menjelaskan dia hanya block akaun palsu dan netizen yang sembur tak tentu hala.

abby abadi

Isu block sebenarnya timbul sebab salah faham orang luar yang tak tahu cerita sebenar. Dalam masa yang sama, Abby sempat berseloroh meminta media memberi highlight kepada bisnes yang sedang diusahakannya.

Pssttt! Isu rumah tangga ni sensitif, jadi lebih baik kita semua jadi netizen yang bijak dan tak menambah luka orang lain. Kalau tak tahu cerita sebenar, lebih baik diam daripada buat spekulasi.

Kredit: Instagram Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas