Connect with us

Oh! Media

“Abang, Hari Ni Sayang Bawa Anak Kita” – Hidayah Ziarah Kubur Arwah Abam Undang Sebak Netizen

hidayaharwahabam

Oh! Artis

“Abang, Hari Ni Sayang Bawa Anak Kita” – Hidayah Ziarah Kubur Arwah Abam Undang Sebak Netizen

Sedar tak sedar, sudah dua tahun pelawak terkenal, Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam pergi menemui pencipta-Nya.

BACA: Dulu Dikata Tak Mampu Bayar, Hidayah Kini Berjaya Miliki Vellfire Hasil Bisnes

Sepanjang dua tahun ini jugalah kita dapat lihat kecekalan balu arwah Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali membesarkan anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini sudah pun menjangkau usia 3 tahun.

IKLAN

Bawa Hamzah ziarah kubur arwah Abam

Terbaru, Hidayah memuat naik video memaparkan dirinya dan Hamzah menziarahi kubur arwah Abam menerusi akaun TikToknya.

@hidayah_hamzah Abang hari ni sayangg bawak anak Kita datang jumpa abgg 🥲 ‘Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada’.. Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar ❤️ kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga ❤️🤲…#alfatihah #cintasyurga #kitabaikramaisayang #dieyabeauty #anakibuayah #doakudisetiapsujudku #sabundaunsukunhidayahabam ♬ Takkan Pisah – Wali

Abang hari ni sayang bawa anak kita datang jumpa abang.

Pemergianmu membuat diriku mengerti bahawa rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah tiada.

Al-fatihah suamiku tercinta Syed Umar Mokhtar, kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga.

Menerusi video yang dikongsinya itu, dapat dilihat Hidayah sebak dan menitiskan air mata ketika menyiram air di atas pusara arwah suami tercintanya itu.

Netizen turut sebak

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat video itu dan menitipkan ucapan doa agar roh Allahyarham Abam ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

screenshot 2022 07 29 at 193540
screenshot 2022 07 29 at 193426

Kredit: TikTok hidayah_hamzah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas