Connect with us

Oh! Media

Dulu Dikata Tak Mampu Bayar, Hidayah Kini Berjaya Miliki Vellfire Hasil Bisnes

Trending

Dulu Dikata Tak Mampu Bayar, Hidayah Kini Berjaya Miliki Vellfire Hasil Bisnes

Balu allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali sebelum ini pernah meluahkan rasa sebak melihat kereta arwah suami yang kini hanya tinggal kenangan.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, Hidayah terserempak dengan kereta jenis Toyota Vellfire itu ketika di jalan raya. Katanya, banyak memori bersama arwah tambahan pula arwah pernah berkata kereta itu untuk keselesaan anak tunggalnya, Hamzah.

BACA: “Ini La Kereta Ayah” – Tinggal Kenangan, Hidayah Sebak Nampak Kereta Arwah Abam Atas Jalan

Terbaru, hasil usaha keras menjalankan perniagaan sabun dan produk kecantikan, Hidayah telah berjaya memiliki kereta idamannya. Menerusi satu hantaran di Instagram, ibu tunggal ini dilihat bergambar bersama anaknya di hadapan sebuah kereta.

Ramai yang tumpang gembira dan syukur Hidayah akhirnya berjaya bangkit selepas mengalami dugaan besar sebelum ini. Hidayah sempat membalas beberapa komen pengikut menyatakan kereta itu hasil titik peluhnya.

Wah, Hidayah dah buktikan dia mampu berjaya dengan usahanya sendiri. Semoga semangat yang ada pada Hidayah ini dapat dijadikan contoh buat ibu tunggal yang lain. Semoga terus maju jaya buat Hidayah.

Kredit: Instagram hidayah_hamzahh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas