Connect with us

Oh! Media

4 Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Vanidah Imran Kini Isteri Pesilat

Oh! Artis

4 Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Vanidah Imran Kini Isteri Pesilat

Pelakon jelita, Vanidah Imran kembali menjadi isteri selepas dia dan pasangannya Arifabillah Idris disatukan tengah hari tadi.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Berita Harian, pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz berwalikan adik Vanidah iaitu Johan.

Difahamkan, suami Vanidah merupakan pesilat negara dan bertugas sebagai jurutera. Suaminya, Arifabillah menguasai ilmu Silat Cekak Pusaka. Beliau pernah meraih pingat perak pada Chungju World Martial Arts Masterships (WMC) di Cheongju, Korea Selatan pada 2016.

Menurut Vee yang sudah empat tahun bergelar ibu tunggal, keputusan untuk kahwin semula bukanlah mudah. Malah, mereka turut merahsiakan hubungan yang terjalin dua tahun lalu.

Sejujurnya, mereka yang rapat sahaja tahu mengenai hubungan saya dan suami. Ini termasuklah keluarga dan dua anak, Mikail Aimran dan Maryam Rashika.

Tambah Vanidah atau lebih mesra sebagai Vee lagi, suami adalah duda kepada empat cahaya mata. Apa yang penting bagi mereka adalah perasaan dan hati anak-anak.

Bagi saya, sisi peribadi kali ini kenalah disimpan erat sampai betul-betul jadi. Nikah dan kahwin ini bukannya semudah menukar baju.

Kata Vee, beza usia enam tahun tak jadi halangan kerana masing-masing ada tanggungjawab. Suami juga pandai mengambil hati anak-anaknya dan anak-anak suami juga menerimanya dengan positif.

Jelasnya, dia ada sebab tersendiri mengapa merahsiakan hubungan selama ini. Dia sebenarnya tidak yakin dan akui keputusan berkahwin ini sukar. Bapanya juga agak keberatan ketika kali pertama menyatakan hasrat itu.

Namun selepas diyakinkan ramai pihak termasuk dua cucunya, bapanya akhirnya akur bahawa anaknya ini berhak bahagia.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas